Salam Perkenalan

Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi saya kerana ia merupakan satu peningkatan daripada free blogging di blogger ke domain dan hosting sendiri. Saya juga telah menggabungkan blog saya ::hidupperjuangan:: dengan blog isteri saya ::pentas kehidupan::. Tetapi blog tersebut InsyaAllah akan sentiasa diupdate seiring dengan blog ini.

Untuk blog ini, saya juga telah menukarkan tagline ‘Hidup Ini Adalah Satu Perjuangan’ kepada ‘Demi Sebuah Cita-cita’. Cita-cita saya amat banyak berdasarkan posisi dan kedudukan saya sebagai seorang hamba Allah, seorang anak, seorang suami, seorang ayah, seorang guru dan seorang anggota masyarakat. Benarlah kata-kata as-Syahid al-Imam Hassan al-Banna bahawa sesungguhnya ‘Sesungguhnya Tanggungjawab Itu Lebih Banyak Daripada Waktu’.

Nama blog ini berasal daripada nama anakanda saya Hannan Aqilah. Hannan berasal daripada bahasa arab yang bermaksud ‘yang bersopan-santun lagi berbudi pekerti’. Itulah hasrat kami untuk anak-anak saya, keluarga saya, sahabat dan kenalan serta ummah ini.

Tujuan blog ini adalah untuk bersama-sama berkongsi apa yang ada pada kami berdua dengan ummah dan sebaliknya. Sekiranya tuan-puan mempunyai sebarang persoalan, pertanyaan, komen, atau ingin berkongsi rasa, bolehlah menghubungi kami.

Salam perjuangan ‘Demi Sebuah Cita-cita’.



Anda mungkin juga berminat

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

  • Share/Bookmark

1 Comment »




Leave a Reply