Sihat sebelum sakit

Pesan RasulAllah ; ingatlah lima perkara sebelum datang lima yang lain, …sihat sebelum sakit….

Hari ini angin kus-kus melanda diri, kepala berdenyut, dunia terasa berpusing, badan terasa lemah. Selepas seminggu berhempas pulas menyiapkan lesson note yang tertunda beberapa hari, menyiapkan borang2 yang bertambun atas meja, menyiapkan kertas kerja dan nota minta LADAP, menanda buku latihan budak-budak yang bertambun-tambun atas meja dan bermacam-macam kerja lagi.

Balik sekolah tengahari tadi terketar-ketar tangan memandu, alhamdulillah sempat sampai rumah. Masuk rumah telan ubat terus baring, sedar-sedar dah jam 3 petang. Semoga Allah mengampunkan hambanya yang terlepas jumaat hari ini di atas keuzuran yang tidak dapat dielakkan.

Tugasan masih banyak yang perlu diselesaikan. Namun masanya semakin menghimpit diri. Semoga Allah memberikan kesihatan dan kekuatan untuk mengharungi hari-hari yang mendatang.  sekiranya ajalku sudah sampai, maka matikanlah aku dalam keadaan beriman….

Anda mungkin juga berminat

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply