Hidup ini adalah satu ujian!

UJIAN KESAKITAN

Hari Isnin ini genaplah 3 minggu saya menjadi pembedahan di pangkal paha. Setakat ini alhamdulillah luka pembedahan semakin sembuh. Pada minggu pertama selepas pembedahan, saya terpaksa menahan rasa pedih bila ‘acara dressing’ setiap hari. Perit dan serik kalau di ingatkan.

Cuma doktor masih belum membuat keputusan samada saya benar2 mengidap diabetes atau tidak. Tapi alhamdulillah saya berpantang makan sepanjang masa untuk mengelakkan sebarang komplikasi.

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang mengirimkan sms. Jangan lupa untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.

UJIAN PERSAHABATAN

Pada awal bulan Julai, saya telah mengupah seorang kawan untuk membuat sinki+table top di rumah Triang. Janjinya hanyalah 3 hari dan kosnya tidak melebihi RM 900. Sebelum itu saya telah menemui seorang tukang berbangsa Cina yang memberitahu kosnya adalah RM 900 dan tempoh siap adalah 1 minggu.

Saya terpaksa menyerahkan kunci rumah kerana saya terpaksa menjalani pembedahan dan pulang ke kampung.

Alhamdulillah, sinki siap jugak akhirnya selepas 30 hari dan kosnya RM 1100. Itulah harga sebuah sinki dan persahabatan. Kadang-kadang saya serik nak upah orang Melayu untuk melakukan sesuatu kerja.

ps; Kedai Jahit Bumi di Jerteh merupakan pilihan saya semenjak kecil kerana kerja dan harganya amatlah berpatutan. Dan ia dimiliki oleh orang Cina. Orang Melayu mana???

UJIAN PERNIAGAAN

Selama 2 bulan saya menjalankan perniagaan SCORE A ini, saya telah mendapat pendapatan yang agak lumayan. Walaupun berdepan dengan pelbagai karenah, namun saya rasa bersyukur kerana perniagaan ini telah merubah saya secara total.

2 Minggu yang memedihkan (kena cuci luka) menyebabkan pendapatan mingguan saya dari RM1k seminggu menjunam kepada separuh. Namun alhamdulillah minggu ini pendapatan saya kembali naik kepada jumlah yang asal. Terima kasih kepada sahabat2 yang membantu. Semoga raya tahun ini kita dapat beraya dengan ceria!

Anda mungkin juga berminat

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

  • Share/Bookmark

2 Comments »


  • Comment by Zaimah |

    Salam. Saya tertanya2 jugak apa sakit ustaz sbb zaujah ustaz ada ckp (mll shoutmix) ustaz mc 6 minggu. Rupa2nya jalani operation. Kami sekeluarga doakan moga ustaz cepat sembuh dan kuat.. Kirim salam kat Hanifah n ‘Aqilah.


  • Comment by amirmukhtar |

    salam. lambt dpt tau. mudoh2e kembali sehat & kuat




Leave a Reply