Buku oh buku!

Alhamdulillah, setelah menunggu sekian lama, akan terbit sempena Pesta Buku Antarabangsa. Ia akan berlangsung pada bulan April nanti di PWTC.
Ini adalah buah tangan sulung saya dalam dunia penulisan. InsyaAllah buku kedua saya ‘Buat Duit dengan Web Sosial’ bakal terbit juga pada masa yang sama.
Sekarang ini saya dalam proses penulisan buku seterusnya dengan cadangan tajuk ‘Bagaimana Merangsang Seronok Mengajar’. Ia adalah kerjasama anatara saya dengan saudara Yahya Fadzli Jusoh moderator blog dunia pendidikan yang sedang panas diperkatakan sekarang ini iaitu Cikgu Malaysia.
Segala macam persoalan mengenai ‘Seronok Belajar’ ini saya kumpulkan di dalam blog Seronok Belajar. Jikalau tuan-puan mempunyai pengalaman dan idea untuk menjadikan pembelajaran, pengajaran, atau hidup lebih menyeronokkan. Sila kemukannya kepada saya dengan menghantar emel kepada fadzlihani@gmail.com atau sms 0192709744.
Salam keseronokan dan kebahagiaan daripada saya.
Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.





