Anda mahu jadi jutawan?

itulah soalan yang saya tanyakan kepada seorang teman tengahari tadi semasa makan tengahari. Beliau begitu bersemangat menyatakan sikap tidak setuju beliau dengan seorang rakan yang begitu kuat bekerja hanya kerana MAHU MENJADI JUTAWAN!

Menurut beliau, beliau tidak bersetuju dengan rakan tersebut yang ;

1. Meninggalkan anak dan isteri dan pulang lewat malam untuk kerana berniaga.

2. Suka mendesak. Contohnya tiada masa untuk main-main dan mesti menepati masa.

3. Sentiasa berfikir tentang wang kerana menurut beliau ‘Wang adalah punca kejahatan”.

Namun apabila saya bertanya kepada beliau soalan di atas, hairannya beliau menjawab YA! Tetapi beliau tidak sanggup ;


1. Mengorbankan waktu tidur tengahari beliau.

2. Mengorbankan masa berpeleseran bersama kekuarga pada waktu petang.

3. Mengorbankan masa menonton cerita kegemaran beliau.

Saya merasa amat keliru, teman-teman ada pandangan?

Anda mungkin juga berminat

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

  • Share/Bookmark

2 Comments »


  • Comment by hasbulaqill |

    penggunaan masa juga penting dalam megejar satu matlamat.
    bagi saya, tidak salah untuk mengejar gelaran jutawan.tapi masa bersama keluarga, masa untuk rehatkan minda, masa untuk bersosial, itu semua perlu diteruskan macam biasa.cuma istiqamah dan proaktif untuk mencapai gelaran tersebut.work smart not work hard ;)


  • Comment by abu hannan |

    betul tu (^_^) saya cuba mencuri masa untuk mengajar di masjid. Takut hilang ilmu masa belajar kat UM.




Leave a Reply