Penghargaan kepada Muhammad
Pada tanggal 12 RabiulAwal lebih kurang 1439 tahun dahulu, seorang insan istimewa telah lahir kedunia bernama Muhammad bin Abdullah. Putera ini dilahirkan disebuah tempat yang bernama Mekah. Di situ juga terbina satu binaan berbentuk segi empat dan berwarna hitam. Ianya telah di bina oleh seorang insan yang juga istimewa bernama Ibrahim.
Beliaulah rasul terakhir yang diutuskan oleh Allah swt. Belia adalah contoh teladan dari segala dari segala aspek kehidupan seorang manusia hebat di muka bumi ini. Penampilan susuk tubuhnya yang mulia dan berwibawa. Rona wajahnya bersih dan bercahaya. Senyumnya yang tulus dan ikhlas. Pandanga matanya yang redup, penuh panacaran kasih sayang dan prihatin terhadap umatnya. Tawaduknya hebat. Tutur biacaranya berisi. Sentiasa berjaya menundukkan lawan dan mengakrabkan teman serta sahabat.
Saban tahun di adakan majlis sambutan yang dikenali sebagai Maulidur Rasul untuk memperingati kelahiran insan istimewa ini. Perayaan ini tidak pernah diraikan oleh Muhammad, para sahabat, para tabien dan tabi’ tabien. Namun diraikan beberapa ratus selepas kewafatan baginda. Tujuan sambutan ini adalah untuk menyemai rasa cinta kepada beliau dan memperkukuhkan ajaran yang dibawa iaitu ISLAM.
Kenapa kita mesti mencintai Muhammad bin Abdullah?
- Sesiapa yang tidak mencintai beliau merupakan tanda kecacatan iman. Ini adalah kerana kita telah bersaksi kepada kerasulan beliau sebagaimana yang tercatat di dalam dua kalimah syahadah.
- Ia merupakan perintah langsung daripada Allah. Allah menyebut di dalam al-Quran : Katakan wahai Muhammad kepada mereka itu ; Jika kamu bebar-benar ingin dicintai Allah, maka ikutlan akan daku. Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan memperteguhkan kedudukan kamu.
- Berpeluang mendapat syafaat (naungan) di akhirat kelak hanya dengan berselawat ke atas beliau. Sabda Nabi : Manusia yang lebih utama itu dekat denganku dan syafaatku pada hari kiamat ialah mereka yang banyak berselawat kepadaku”.
- Nabi menyebut : beruntunglah, beruntunglah, beruntunglah, mereka yang tidak melihatku tetapi beriman denganku. Golongan ini disebut sebagai “ikhwan’. Golongan mencintai RasulAllah tanpa melihat beliau dan teguh menghidupkan sunnah RasulAllah dalam kehidupan di zaman manusia telah rosak binasa akhlaknya.
- Perintah langsung dari beliau sendiri : “Didiklah anak-anakmu untuk melakukan tiga perkara ini ; mencintai Nabinya, mencintai keluarga Nabi dan memba al-Quran”.
- Orang yang mencintai RasulAllah akan bersama beliau di dalam syurga kelak. Imam Bukhari dan Muslim telah merekodkan bahawa pada satu hari seorang lelaki telah datang bertemu dengan RasulAllah lalu bertanya “Bilakah akan berlaku hari kiamat?” RasulAllah menjawab dengan soalan “apakah persiapan engkau untuk menghadapi Hari Kiamat itu?” Lelaki tersebut menjawab “Tiada satu apa pun kecuali cintaku pada Allah dan RasulNya!” RasulAllah pun menjawab “Engkau akan bersama-sama dengan apa yang kau cintai pada Hari Kiamat kelak!”
- Pepatah melayu telah menyebut ; Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Di saat RasulAllah gering menghadapi mati, beliau masih mengingati umat dan menyebut-nyebut “….ya ummat, ya ummati…” (Wahai umatku, wahai umatku). Maka wajarlah kita membalas cinta RasulAllah kepada kita dengan mencintainya kembali.
Bagaimanakah caranya untuk menyemai cinta kepada RasulAllah?
1. Melakukan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangan beliau.
2. Menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul.
3. Membaca buku-buku sirah dan yang berkaitan dengan RasulAllah. (saya sedang membaca buku “Syamail RasulAllah” terbitan Telaga Biru).
4. Menjadikan diri kira sebagai contoh teladan bagi orang lain untuk emngamalkan sunnah.
Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.





