Hikmah Kembara

Teman-teman tentu sudah membaca 2 post saya yang lepas. Alahmdulillah, banyak hikmah dan pengajaran yang telah saya temui sepanjang perjalanan kami bertiga.

Teman-teman yang membacanya pun mungkin mendapat pengajaran daripada perjalanan kami tersebut.

Antara hikmah yang boleh saya kongsikan dengan teman2 ialah ;

1. Benarlah firman Allah di dalam al-Quran “Maka berjalanlah kamu di muka bumi ini dan lihatlah tanda-tanda kebesaran Allah.” Melihat gunung-ganang dan alam semulajadi di sepanjang perjalanan membuatkan fikiran dan dada saya lapang. Hilang segala kerungsingan dengan urusan dunia yang melanda jiwa.

2. Apabila kita berada di dalam organisasi ataupun sesuatu program, kita mestilah mempunyai seorang ketua. Tanpa ketua, maka organisasi tersebut akan runtuh dan program tersebut akan tersasar daripada matlamat. Alhamdulillah, sebagai ketua musafir dengan kerjasama 2 adinda ini, matlamat utama kami telah mencapai kejayaan yang memberangsangkan.

3. Setiap perkara yang mendapat ‘kelulusan’ daripada Allah dan Rasul itulah ibadah. Perniagaan yang kami jalankan ini ialah perniagaan untuk membantu generasi muda negara ini menjadi generasi yang cerdik-pandai serta dadanya penuh dengan ilmu agama. Dalam masa yang sama, kami membantu ibubapa mereka menjana pendapatan sampingan yang lumayan.

Laporan PERCUMA mengenai apa yang kami lakukan boleh didapati ===>DISINI

4. Pengalaman pahit yang kami alami semasa ke Perak pula ialah sesat di dalam bandaraya Ipoh. Kami terpaksa bertanyakan jalan kepada orang ramai dan kawan-kawan melalui talian telefon untuk sampai ke destinasi yang dituju.

Hikmahnya ialah kita mesti mempunyai peta Negeri Perak dan Ipoh khususnya! Saya dan teman2 merasa takbur dan angkuh kerana kami sudah biasa di Bandaraya Kuala Lumpur dan tidak mungkin kami akan sesat di Ipoh!

Rupa2nya perancangan Allah lebih hebat! Allah ingin mengajar kami supaya jangan takbur dan angkuh serta sentiasa merujuk kepada panduan. Panduan sesat di Ipoh adalah PETA, manakala panduan jika sesat di dunia adalah AL-QURAN!

5. Semakin banyak berjalan, semakin banyak berbicara, semakin banyak rasanya perkara yang tidak diketahui! Betullah sabda Rasul “Tuntutlah ILMU dari buaian ke liang lahad”. Baca, baca dan baca!

2.

Anda mungkin juga berminat

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

  • Share/Bookmark

2 Comments »




Leave a Reply