Ceritera 2 kisah
Pada hari ini saya ingin membawakan 2 kisah. Saya ingin tuan-puan dapat membuka hati dan minda untuk membandingkan kedua-dua kisah tersebut ;
Kisah 1
Pada suatu hari Nabi Muhammad saw telah memanggil kaum Quraisy ke atas satu bukit di Mekah. Kemudian beliau berseru kepada kaum baginda : ”Wahai kaumku, percayakah kamu jika aku katakan bahawa akan datang sekumpulan kuda liar dari sebelah sana akan merempuh kamu? Kamu Quraisy menjawab : Ya, kami percaya, kerana kamu adalah al-Amin, seseorang yang amanah dan boleh dipercayai. Baginda menyambung ucapan ; Wahai kaumku, mulai hari ini, kamu tinggalkanlah berhala-berhala yang kamu sembah itu kerana ia merupakan satu kesesatan dan akan mencampakkan diri kamu kedalam kemusnahan api neraka. Kaum Quraisy terkejut dengan seruan baginda tersebut dan menjawab dengan marah ; ”apa yang kamu mahu buat wahai Muhammad? Adakah kamu memecahbelahkan PERPADUAN antara kami? Adakah kamu mahu kami meninggalkan berhala-berhala yang telah disembah oleh nenek moyang kami? Ataupun KAMU DENGKI dan mahu mendapatkan harta ataupun menjadi raja? …….baca seterusnya kisah ini di dalam kitab-kitab sirah.
Kisah 2 (Petikan daripad Facebook)
Saya : Nak buat duit, carilah yang halal! jangan cari yang HARAM atau SYUBHAH!
Saudara A : bro yg awk dari dulu kata haram. awk tahu ke? bila boleh jumpa saya bawa awk jumpa nd lala terus. Malam ni free ke? kalau awak berani jom jumpa kat centre nx xxxx. jgn nak terus kata haram aje. kalau awak tak tahu apa2 k. sebelum nak buat apa2 awk kaji selidik dulu k.
Saya : alamak! ada yang terasa…..sape yang makan cili, dia yang terasa pedasnya….
Saudara A : bukan terasa bro, dari hari tu awk kat haram. jom jumpa la malam ni. nak bagi penerangan agar awk tak terus nak kata haram. macam mana orang melayu kita nak maju, belum tahu apa2 dah nak kata tak betul. fikirkan lah. dah la sekrg ni org melayu kita ramai yg dah berpecah. cuba lihat bangsa asing tak ada PHD. lu fikir la sendiri bro.
Kesimpulan
-
Apabila ingin mencari duit, harta, kekayaan, pastikan betul-betul ianya adalah dari sumber yang halal dan jelas. Bukannya bersumber dari sumber haram dan syubhah.
-
Untuk mendapatkan kepastian, tanyalah Alim-ulama’, tuan guru dan mereka yang pakar dalam ekonomi islam, dan bukannya dengan orang sebarangan ataupun kerana artis yang menjadi sandaran!
-
Janganlah kita taksub dengan keuntungan besar yang dijanjikan semata-mata mengejar habuan dunia sahaja. Ingatlah negeri akhirat yang kekal abadi.
-
Maaf jika tersilap bicara dan kurang ajar, sekadar perkongsian untuk saudara-saudari seagamaku. Moga halal, jelas, bahagia dan seronok sentiasa.
Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.






betul sesangat tu Li.. kalu dah jadi darah daging,,, hidup tak berkat.