Boikot atau tidak boikot?

Firman Allah Taala dalam Surah At-Taubah ayat 23 dan 24 maksudnya :

23. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai pemimpin kamu jika mereka lebih suka kepada kekufuran daripada iman; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka sebagai pemimpin, maka merekalah orang-orang yang zalim. 24. Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan rugi, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

  1. Memetik kata-kata Saudara Hafiz Firdaus Abdullah di dalam Majalah I keluaran Mac 2009 terbitan Karangkraf, beliau tidak bersetuju dengan kempen boikot barangan USA dan Israel yang dianjurkan oleh beberapa pihak contohnya Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Jemaah Islah Malaysia.
  2. Menurut beliau kempen tersebut akan menjatuhkan umat Islam sendiri kerana mungkin syarikat-syarikat tersebut akan bangkrap dan ramai pekerja akan diberhentikan. Masalah yang lebih besar akan timbul selepas daripada itu.
  3. Jikakalau ditanya pada masyarakat Islam berkenaan hal solat, berapa orangkah yang mengetahui secara terperinci nas-nas dari al-Quran dan Hadis berkaitan kefardhuan solat serta perawi hadis tersebut? Tetapi kita masih WAJIB menunaikan solat bukan? Caranya ialah merujuk kepada orang yang lebih tahu iaitu guru-guru dan ulama’. Seperti ayat al-Quran maksudnya : Bertanyalah kepada yang ahli dalam bidang tersebut.
  4. Begitu juga dalam hal boikot-memboikot, ia disarankan oleh pakar ekonomi dan pentadbir negara. Ia bukannya disarankan oleh keldai di jalanan.
  5. Tidak ada rasa belas kasihankah saudara Hafiz kepada saudara seagama di Palestin? Sehingga sanggup menukar untung rugi perniagaan dengan nyawa! Cuba teliti ayat di atas!
  6. Sirah menceritakan kalau benar Nabi Muhammad kasihankan perniagaan bapa saudara baginda, tentu tidak Islam saudara sekarang! Kalau kasihan Nabi Ibrahim terhadap perniagaan bapanya, tentu tidak dihancurkan berhala-berhala tersebut.
  7. Saudara hanya seagama dengan saya, kalau ayah, ibu, saudara atau kaum keluarga saya yang menganjurkan TIDAK BOIKOT barangan Amerika dan Israel pun saya akan lawan.
  8. Kerana nampaknya saudara lebih sukakan kekufuran (USA & Israel) daripada iman (PALESTIN)!

Anda mungkin juga berminat

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply