Bila keranda dibawa baru bercucuran airmata

Itulah ayat yang saya selalu diulang-ulang oleh watak di dalam komik yang saya baca masa sekolah dulu.

Antara komik kegemaran saya ialah ;

1. Jejak Wira

2. Pendekar Laut

3. Harimau Laut

4. Wira Tunggal

dan sebagainya…..daripada harga RM1 sehinggalah ke RM2.50 saya tidak pernah ketinggalan untuk membelinya.

Cuma ayat tersebut menjadi semakin relevan 2-3 menjak ini. Saya cuba kaitkan dengan suasana semasa ;

1. Masa muda dan sihat dulu tak pernah nak jejak kaki ke masjid. Bila keranda di bawa baru bercucuran airmata kerana menyesal.

2. Anak-anak tak nak hantar sekolah agama, nanti susah dapat kerja bila diaorang besar nanti. Bila keranda di bawa baru bercucuran airmata kerana takde seorang pun pandai mengaji dan mengetuai tahlil untuk ibubapa sendiri.

3. Tak pernah ada masa untuk menatap ayat suci al-Quran, masa dipenuhi dengan membaca suratkahabar, buku-buku dan TV sahaja. Bila keranda di bawa baru bercucuran airmata kerana tidak meluangkan masa walaupun sekejap.

senarai ini boleh pergi panjang lagi. Sekadar peringatan di waktu malam untuk diri sendiri dan teman-teman…

ps : ada orang nak sponsor [www.diari_ramadhan.com] tak? untuk program semarak Ramadhan PTS tahun 2010. Banner penaja kat atas sekali.

Anda mungkin juga berminat

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply