Jutawan oh jutawan!
Kalau tuan-tuan taip keyword ‘jutawan’ di Google maka akan keluar keputusan sebanyak 2,860,000! Mengejutkan bukan (^_^)! Begitu banyak program yang menawarkan cara untuk kita menjadi jutawan. Malahan ramai daripada kawan-kawan saya yang kehilangan berpuluh ribu ringgit kerana menyertai “Program Jutawan” ini. Saya pernah mengikuti satu preview program seumpama ini bersama-sama bebrapa orang kawan-kawan. Di samping [...]
Kenyataan Palsu
“Kawan PAS maghrib di masjid, kawan UMNO maghrib di kedai mamak!” Itulah kenyataan palsu yang saya keluarkan di FB sebelum berangkat mengerjakan solat maghrib di masjid petang semalam. Kenyataan itu mendapat komen dari ramai orang. Ada yang marah dan tidak puas hati, ada juga yang bersetuju dengan kenyataan tersebut. Kenyataan tersebut lahir dari hati saya [...]
Bagaimanakah kita bila tua nanti?
Ada satu pepatah Arab mengatakan “Tidak disebut seseorang itu sebagai LELAKI sekiranya dia mengatakan ayahnya begitu, dan datuknya begini. ” Inilah prinsip yang saya pegang selama ini. Saya mahu mencipta nama saya sendiri sehingga terkenal bukan sahaja di muka bumi bahkan disebut oleh penghuni di laut dan di langit. Saya tidak mahu menjadi orang biasa-biasa [...]
Khabar Baru
Alhamdulillah, segala puja dan puji bagi Allah tuhan sekalian alam di atas nikmat yang tidak terhingga. Diri ini di landa kesibukan yang melampau sehingga tidak sempat mengupdate blog ini. Masa amat mencemburui kita. Tidak sempat saya menulis untuk Cikgu Malaysia, meletakkan iklan buku-buku saya, menghadiri dan memberi kuliah. Setakat 2 minggu sekolah dibuka, saya hanya [...]
Keutamaan Amalan Hati
Sempena Hari Jumaat yang penuh keberkatan ini, marilah kita sama-sama hayati post “Keutamaan Amalan Hati Ke Atas Amalan Badan” petikan daripada Kitab Fiqh al-Awlawiyyat karangan Dr. Yusuf al-Qaradhawi) DI ANTARA amalan yang sangat dianjurkan menurut pertimbangan agama ialah amalan batiniah yang dilakukan oleh hati manusia. Ia lebih diutamakan daripada amalan lahiriah yang dilakukan oleh anggota [...]
Sihat sebelum sakit
Pesan RasulAllah ; ingatlah lima perkara sebelum datang lima yang lain, …sihat sebelum sakit…. Hari ini angin kus-kus melanda diri, kepala berdenyut, dunia terasa berpusing, badan terasa lemah. Selepas seminggu berhempas pulas menyiapkan lesson note yang tertunda beberapa hari, menyiapkan borang2 yang bertambun atas meja, menyiapkan kertas kerja dan nota minta LADAP, menanda buku latihan [...]
UMNO pembela agama
Pagi ini saya melayari blog Puan Ainon, sifu PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Beliau telah meletakkan satu link ke posting yang bertajuk sebagaimana di atas. Saya salinkan posting tersebut disini ; Semua Ketua Umno Cawangan-Cawangan, Dalam bahagian Kapar. Tuan-Tuan, GARIS PANDUAN PROGRAM AGAMA. Dengan hormatnya dimaklumkan, saya diarah untuk menarik perhatian Ketua-Ketua Cawangan mengenai [...]
Ceritera 2 kisah
Pada hari ini saya ingin membawakan 2 kisah. Saya ingin tuan-puan dapat membuka hati dan minda untuk membandingkan kedua-dua kisah tersebut ; Kisah 1 Pada suatu hari Nabi Muhammad saw telah memanggil kaum Quraisy ke atas satu bukit di Mekah. Kemudian beliau berseru kepada kaum baginda : ”Wahai kaumku, percayakah kamu jika aku katakan bahawa [...]
Boikot atau tidak boikot?
Firman Allah Taala dalam Surah At-Taubah ayat 23 dan 24 maksudnya : 23. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai pemimpin kamu jika mereka lebih suka kepada kekufuran daripada iman; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka sebagai pemimpin, maka merekalah orang-orang yang zalim. 24. Katakanlah (Wahai Muhammad): [...]
Layakkah kita menjadi umat Muhammad?
Setiap kali Rabiul Awal hadir, sibuklah kita meraikan sambutan Maulidur Rasul dengan pelbagai majlis keagamaan. Kita berselawat, bermarhaban memuji kebesaran dan kemuliaan Rasulullah. Namun, selepas majlis berakhir, kehidupan kita kembali seperti sebelumnya yang bergelumang dosa dan jauh dari sunnah Rasul s.a.w. Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.





