Ukhuwah dan Mahabbah
Pada hari Ahad yang lepas, saya sekeluarga telah menghadiri walimah Ustaz Hafiz Mahmud senior di Sekolah Menengah Ugama Saniah dulu. Beliau baru pulang daripada Universiti Al-Azhar selepas sekian lama menuntut ilmu di sana. Alhamdulillah rasa senang di hati kerana dapat berjumpa ;
1. Teman-teman lama sekolah dulu- mat jin, madi, lan, jue, nazri.
2. Bertemu guru-guru – cikgu che man, ustazah razilah, ustaz nordin.
3. Bertemu pensyarah – Dr. Johari Mat
Dapat mengupdate maklumat diri dan keluarga dan membina tali ukhuwah danĀ mahabbah yang sudah lama putus. Rasa-rasanya EXSAS (alumni SMU Saniah) kena lebih disemarakkan.Macam mana Ustaz Mahisan??? : D
ps. InsyaAllah hari ini kami sekeluarga akan menghadiri walimah Ustazah Mai di FELDA Bukit Mendi, Triang.
pps. Semoga rumahtangga yang dibina menjadi batu asas untuk menegakkan Islam. di Malaysia ini. Hidup Islam!!
ppps. Sesiapa sahabat gD yang ingin menghadiri walimah Ustaz Hisomuddin di FELDA Cini, boleh singgah di banglo rumah kami.
Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.





