Keutamaan dalam kehidupan

Alhamdulillah, pada hari Sabtu yang lepas saya telah menghadiri majlis Mesyuarat Agung Generasi Dynamic ; iaitu alumni Penggerak Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya batch 2000 di MASSA Subang Jaya. GD sekarang ini didalam proses untuk pendaftaran sebagai sebuah NGO dan keahliannya adalah berdasarkan jemputan sahaja.

Semasa GD ini ditubuhkan pada tahun 2003 yang lepas, ahli-ahlinya sekitar 300 orang merangkumi daripada pelbagai fakulti, pusat dan akademi. Orientasi GD adalah sebagai wadah untuk menyatukan profesional yang berserakan ini untuk tujuan kebajikan dan persaudaraan islam.

Seusainya majlis, saya dan beberapa orang sahabat telah menyerang rumah salah seorang sahabat kami untuk sedikit makan-makan dan penerangan program “Bagaimana Menjadikan Pendidikan Anak Sebagai Sumber Pendapatan”.

Salah telah mengupdate status saya ke dalam FB dan mendapat reaksi yang berbeza daripada rakan-rakan…

Antara alasan yang diberikan oleh sahabat-sahabat yang tidak hadir pada majlis tersebut ialah ‘ada kerja’, ada program di sekolah, ada kenduri, terlupa dan sebagainya. Walaupun saya menerima alasan mereka, saya merasa agak jengkel dan sedih ;

1. Keahlian GD adalah tertutup dan satu-satunya cara untuk menyertainya adalah dengan menjadi Penggerak PMIUM batch 2000 ataupun berkahwin dengan salah seorang GD. Tanpa kita, tiadalah GD.

2. Kita biasanya tidak terlupa untuk menonton siaran kegemaran kita di kaca TV kerana kita mengambil berat tentangnya. Tetapi kita terlupa dengan program GD yang berlangsung setahun sekali.

3. Ada juga di antara kita yang mengambil cuti semata-mata kerana mahu berehat., ataupun menonton wayang cerita terbaru! Tetapi kita enggan mengambil cuti untuk menghadiri perjumpaan yang dapat mengeratkan ukhuwwah dan tali silaturrahim. Hanya dengan bersalaman dengan sahabat-sahabat dapat menghapuskan dosa-dosa kecil kita.

4. Merasa malu untuk hadir kerana sudah lama tidak menyertai program GD. Tujuan GD ditubuhkan adalah untuk ukhuwwah dan kebajikan. InsyaAllah kita akan mendapat pahala disisiNya kelak. Janganlah kita merasa malu untuk berbuat kebaikan, tetapi merasa malu kerana tidak membuat kebaikan.

5. Buatlah pilihan berdasarkan awlawiyat yang dituntut oleh agama Islam. InsyaAllah kita akan bincangkannya di lain masa.

Saya bukanlah yang terbaik, tetap berusaha menjadi yang TERBAIK!

“Saya bukanlah jutawan, tetapi berusaha menjadi JUTAWAN”

“Kita tiada PILIHAN kecuali menjadi JUTAWAN ~ Hafiszi

ps ; aku rindukan sahabat-sahabat, InsyaAllah kita bertemu sekali lagi Jun nanti.

Anda mungkin juga berminat

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply