Hujung Minggu Yang Menyeronokkan (^_^) Part 2

Selepas Eduparty di rumah Kak Yati, kami pun bertolak pulang ke Kelantan. Kami mula mendaki dari Simpang Pulai menuju ke Gua Musang melalui Cameron Highlands. Sesampainya kami di CH, kami membuat keputusan untuk bermalam sahaja disitu kerana keadaan jalan dan pemandu yang tidak mengizinkan.

Sesampainya di Brinchang, kami singgah sebentar di sebuah restoran untuk menikmati teh hangat sambil mendapatkan maklumat motel untuk kami tiduri. Sambil menunjukkan ke belakang kami, “Motel ni jer bang, murah jer” saya menjawab “gelap jer nampak?” pelayan itu mejawab “ketuk jer bang, ada orang kat dalam tu!”

Selepas minum, kami pun beredar dan menuju motel tersebut. Tanpa pakaian yang sesuai, udara sekitar terasa amat dingin walaupun lemak tebal telah melapisi diri ini. Dengan sekali ketukan sahaja, penjaga motel itupun membuka pintu.

Dengah bayaran RM60 sahaja, kami mendapat 3 katil yang selesa, bilik yang bersih, TV 42″ dan semestinya air panas di dalam bilik mandi.

ZZZZZZzzzzzz

Paginya kami sempat shopping di Brinchang dan kawasan sekitarnya sebagai buah tangan untuk keluarga.

Photobucket

Kami tiba di Kota Bharu pada jam 2 petang. Seusai makan tengahari, saya bergegas ke Perdana Beach Resort untuk Kelantan Facebookers Gathering dan majlis pelancaran SAING oleh TGNA.

Setibanya saya disitu pada jam 4 petang, pada masa itu juga kereta rasmi TGNA masuk ke Foyer restoran. Saya bergegas menuju ke salah satu meja berdekatan. Alhamdulillah, terjumpa pula beberapa orang sahabat lama yang sudah lama tidak ketemu.

====> Gambar-gambar sekitar majlis pelancaran boleh dilihat disini.

Selesai majlis perasmian dan sidang akhbar, saya sempat bersalaman dengan TGNA yang sudah lama dirindui untuk ketemui. Sambil mengekori rombongan TGNA yang langsung ke surau untuk solat asar, saya bernasib baik kerana dapat menyelit dan solat bersebelahan TGNA. Terasa bertuahnya diri ini dapat solat disebelah ulama’ dan umara’ tersohor abad ini.

Alhamdulillah, selesailah dua tugas besar saya pada hujung minggu baru-baru ini. InsyaAllah, saya akan updatekan lagi hikmah disebalik perjalan saya untuk hujung minggu tersebut.

Selamat membaca dan mengomen…

Anda mungkin juga berminat

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply