Harga Sebuah Persahabatan

Petang semalam, kami sekeluarga telah ke Pasir Puteh, Kelantan demi memenuhi jemputan teman-teman sempena Sambutan Aidilfitri bagi badge SPM 1997. Walaupun terpaksa menempuhi kesesakan teruk semenjak dari Kubang Kerian sehinggalah tiba di Pasir Puteh.

Alhamdulilah, hilang rasa bosan dan tension apabila tiba di sana. Seronok melihat teman-teman yang sudah naik perut mereka dan sudah beranak-pinak. Ada yang jadi pegawai JAWI, ada yang jadi cikgu, ada yang jadi usahawan dan bermacam-macam lagi. Alhamdulillah, semoga semua diberkati Allah di dalam menjalai kehidupan seharian ini.

Sambil makan-makan sup tulang yang boleh dicampur samada dengan koey teow, meehoon atau mee membuat selera terbuka. Disertai pula dengan biskut beraneka jenis dan kerepek. Nampaknya naik lagilah gula dalam darah.

Sambil bersembang dengan teman-teman, terdetik di hati apakah ‘HARGA PERSAHABATAN INI?’

1. Terkenang kisah di zaman RasulAllah bagaimana seorang menghulurkan air di tangan kepada seorang sahabat lain yang kehausan menyebabkan dirinya sendiri mati kehausan.

2. Teringat saya pada Sabda Rasul : Tidak sempurna Iman seseorang itu selagi beliau tidak mengasihi saudaranya sebagaimana beliau mencintai dirinya sendiri.

Kalau di tanya pada saya, maka jawabnya TIDAK TERNILAI HARGANYA!

1. kalau kerana sahabat saya di tipu, saya redha.

2. kalau kerana sahabat saya jatuh, saya redha.

3. kalau kerana sahabat saya mati, saya redha.

Kerana saya tahu, MEREKA AMAT MENGASIHI SAYA.

Bagaimana dengan sahabat-sahabat anda? Tepuk dada tanya jiwa……

MSMv3 -  Earn Money With Your Social Networking Profiles :: 300x250

Anda mungkin juga berminat

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply