Bermulanya Hari Baru
Alhamdulillah, hari ini saya akan mula bertugas kembali di sekolah selepas bercuti sakit lebih kurang 3 bulan. Semoga Allah akan mengekalkan kesihatan ini kerana sesungguhnya kekayaan yang kita ada sebenarnya tidak ternila tanpa kesihatan.
Dikesempatan ini ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada ;
1. Semua doktor dan jururawat di Hospital Temerloh, Hospital Universiti Sains Malaysia dan Hospital Besut kerana bertungkus-lumus merawat saya.
2. Terima kasih kepada ahli keluaga terutamanya isteri tercinta kerana memberikan sokongan moral di dalam menghadapi kesakitan.
3. Terima kasih kepada rakan-rakan guru yang terpaksa ‘relief’ kelas semasa ketiadaan saya.
4. Sekalung penghargaan kepada rakan di Score A dan GDI yang tidak pernah jemu-jemu memasukkan wang ke dalam akaun bank saya.
5. Maaf kepada PTS terutamanya Tuan Aizat kerana terpaksa membatalkan promo buku “Internet Marketing dengan Facebook, MySpace & Twitter”. Walaubagaimanapun alahamdulillah, buku tersebut sudah kehabisan stok di BookCafe pada minggu lepas.
6. Terima kasih kepada seorang penunggang motorsikal yang mengejar kami untuk memberitahu pintu kereta tidak ditutup dengan rapat. Sesungguhnya masih ramai lagi orang-orang baik di muka bumi ini.
Salam kecerian dan kebahagian dari saya.
Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.






