Balasungkawa Wajdi Mayusoh
Pagi semalam, saya menerima panggilan dan sms daripada sahabat-sahabat mengatakan sahabat kami Wajdi Mayusoh telah meninggal di dalam satu kemalangan jalanraya.
Menurut keterangan yang saya terima, arwah bersama-sama 2 orang rakan lagi bertolak dari Tanah Merah menuju ke Gua Musang untuk memulakan tugas mereka sebagai guru. Mereka bertiga menaiki sebuah kereta Perodua Kancil dan mengekori sebuah kereta Perodua Kenari.
Tiba-tia kereta Perodua Kenari itu membrek secara mengejut kerana ada seekor lembu melintas dengan tiba-tiba. Kereta yang dinaiki arwah mengelak kereta Perodua Kenari itu dan masuk ke lorong sebelah.
Kebetulan ada sebuah bas datang dari arah bertentangan dan terus melanggar kereta Perodua Kancil yang dinaiki beliau di sebelah kiri kereta. Penumpang di bahagian depan dan arwah yang berada di sebelah belakang meninggal. Sementara pemandu kereta Perodua Kancil itu terselamat.
Arwah merupakan antara orang terawal yang saya kenal di Universiti Malaya Kuala Lumpur. Bilik beliaulah yang menjadi tempat lepak ketika kami tinggal bersama-sama di Kolej Kediaman KeSebelas. Beliau juga merupakan mantan Presiden Persatuan Mahasiswa Kelantan sesi 1999/2000.Beliaulah menjadi tempat saya berkongsi cerita dan panduan semasa di UM.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasmu kekanda, sahabat dan teman. InsyaAllah aku akan menyusulimu, cuma belum ku tahu bila……selamat tinggal Wajdi Mayusoh.
Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.







[...] kita sudah tidak berkesempatan untuk bertemu dengan saudara Wajid Mayusoh yang telah pergi meninggalkan kita pada Ahad lepas. Apa kata kirimkan sms , telefon atau emel doa [...]