Perniagaan Internet

Satu daripada update saya di Facebook telah mendapat reaksi yang agak panas. Reaksi yagn dikeluarkan adalah (pada anggapan saya) lahir daripada kecetakan minda dan kekontangan ilmu tentang perniagaan internet.

Maka dengan mudah sekali beliau memberikan link dan komen yang menggambarkan bahawa kami pemasar internet ini menjalankan perniagaan yang haram di sisi agama.

Saya telah cuba menyekat beliau daripada memberikan komen kepada update saya itu dengan menyatakan bahawa saya akan memberikan keterangan yang lebih lanjut di dalam blog saya ini.

Anda boleh melihat perbincangan itu disini++++ atau disini++++++

Namun ia menjadi semakin panas dengan campur tangan pihak lain. Saya mengambil keputusan untuk menjawab. Berikut adalah jawapan saya ;

1. Pak Su Hafidz dan rakan2 yang disayangi, metafora dobi itu adalah ditujukan kepada Puan Muazzah yang tidak percaya kepada perniagaan yang tidak mempunyai produk untuk dijual.
“i dont trust internet business unless u really have product to sell”
Maknanya, jikalau tidak ada produk sekalipun, ia masih dikira satu bentuk perniagaan. contohnya seperti dobi.
2. Link yang diberikan oleh Puan Muazzah juga berkenaan program ID dan bukannya bisnes internet.Link “pukul borong” yang diberikan telah memberikan imej buruk kepada perniagaan affiliate yang saya dan rakan lakukan. Tanpa pengetahuan tentang bisnes internet, beliau telah memberikan komen yang mengguris hati saya dan rakan2.
3.Semasa saya mula menceburi MLM pada awal tahun lepas, alasan mereka yang enggan menyertai MLM adalah kerana MLM itu HARAM bersandarkan hujah yang dikeluarkan oleh Ustaz Zaharudin. Walaupun beliau mengeluarkan artikel yang bertajuk “MLM Haram?” mereka nampak “MLM Haram!”
Saya memang faham artikel tersebut dan tidaklah ingin menempelak beliau.Saya juga menyertai syarikat MLM yang beliau jadi penasihat MLM nya sekarang.
4. Kenyataan “Aiseeman, macam mana pengamal internet bisnes tak boleh bezakan antara “fizikal produk” dan “produk perkhidmatan” ni????” begitu mengguris hati saya dan menjatuhkan imej saya sebagai seorang internet marketer profesional. Ia menggambarkan bahawa saya tidak mempunyai keupayaan minda untuk menaakul perbezaan antara “fizikal produk” dan “produk perkhidmatan” . Saya mohon ditarik balik kenyataan tersebut!
5. Ini merupakan wall FB saya, sesiapa yang tidak berkenan untuk menerima update dari saya, saya dengan rendah mohon diremovekan dari senarai kawan anda.

Maaf jika ada yang terguris hati, saya hanya insan yang lemah.

Saya merasa sangat kecewa dan membuat posting ini agar semua pihak dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada kejadian yang menimpa saya ini.

salam kasih, salam sayang….

Anda mungkin juga berminat

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

  • Share/Bookmark

2 Comments »




Leave a Reply