Konsep Pilihanraya di Malaysia

“Sesungguhnya Allah tidak tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah nasib mereka sendiri.” Begitulah satu petikan ayat daripada al-Quran.

Di dalam pilihanraya sistem demokrasi moden, seseorang pengundi akan membuat undi berdasarkan 3 faktor ;

1. Kumpulan yang mewakili kepentingannya ; contohnya NUTP bagi guru, MTUC bagi buruh dan MMC bagi doktor.

2. Jasa-jasa yang lepas ; kebaikan yang telah dilakukan parti yang memerintah kerajaan.

3. Kemampuan parti tersebut di dalam memimpin negara pada masa depan.

Di dalam situasi pilihnaraya di Malaysia ;

1. Pengundi-pengundi di Malaysia tidak membuat pilihan berdasarkan kumpulan yang mewakili kepentingan mereka kerana politik di Malaysia agak ketat dan tidak terbuka. Kumpulan yang tidak selari dengan parti pemerintah akan diserang habis-habisan oleh media massa dan dan media elektronik.

2. Pengundi-pengundi di kampung dan pedalaman biasanya susah untuk berubah kerana mereka merasa terhutang budi kepada parti memerintah.

3. Pengundi-pengundi di bandar biasanya lebih terbuka dan terdedah kepada perkembangan semasa. Biasanya mereka akan memilih parti yang mampu memberikan keyakinan kepada mereka. Iaitu kemampuan parti tersebut memimpin negara pada masa depan.

4. Ada juga pengundi-pengundi yang membuat pilihan berdasarkan kain batik, kain pelikat, beras dan duit RM 50.

Apakah trend pengundi-pengundi di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai? Kita lihat 7 April nanti….

Anda mungkin juga berminat

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply