Kenyataan Palsu
“Kawan PAS maghrib di masjid, kawan UMNO maghrib di kedai mamak!”
Itulah kenyataan palsu yang saya keluarkan di FB sebelum berangkat mengerjakan solat maghrib di masjid petang semalam.
Kenyataan itu mendapat komen dari ramai orang. Ada yang marah dan tidak puas hati, ada juga yang bersetuju dengan kenyataan tersebut.
Kenyataan tersebut lahir dari hati saya yang terguris dengan TUDUHAN PALSU, KUTUKAN DAN KEJIAN yang dilontarkan ke atas Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkenaan isu penajaan beliau ke tanah suci Mekah.
Ramai pihak tidak dapat membezakan antara rasuah, hadiah dan sedekah. SPRM baru memulakan siasatan, tetapi ramai di FB sudah mengeluarkan kenyataan bahawa telah terbongkar skandal rasuah TGNA anak-beranak.
Sedangkan mengikut prinsip undang-undang, seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya! Tetapi apabila TGNA bebas dari segala macam skandal sebelum ini, maka dicipta isu untuk memburuk-burukan imej beliau.
Sirah menceritakan Nabi Muhammad amat dihormati oleh Kaum Quraisy di Mekah sehingga digelar al-Amin yang bermaksud seorang yang amanah dan dipercayai selama 40 tahun.Tetapi apabila beliau membawa ajaran Islam, kaum Quraisy ini jugalah menuduh beliau gila kuasa, hendak menjadi raja, gila harta, ahli sihir dan sebagainya.
Begitu juga TGNA sekarang ini berada di penghujung usia beliau. Takkanlah selama hampir 70 tahun beliau tidak pernah ada skandal, berebut jawatan, makan rasuah dan bermacam-macam lagi perkara keji ; tiba-tiba beliau terima rasuah RM65 000 sebagai imbalan projek yang beliau luluskan.
Pengalaman saya sebagai seorang ustaz, bukan setakat hadiah haji, wang ringgit, makanan, tanah, kereta dan sebagainya pun ada orang hadiahkan. Malah ada orang yang menawarkan anak perempuan beliau untuk menjadi isteri saya! Jangan terkejut! Jadi saya tidaklah terkejut dengan setakat pakej RM 65 000 itu!
Tetapi dengan sukacitanya saya menolak tawaran tersebut dan juga kenyataan di atas. Ramai saudara-mara saya yang memegang jawatan di dalam UMNO dan kerajaan adalah orang yang kuat beribadah dan warak.
Ingatlah, ulama’ itu pewaris nabi! Jika kita berdosa mengutuk nabi, maka kita juga berdosa mengutuk pewaris baginda. Janganlah kerana TGNA itu Mursyidul Am PAS, iaitu bukan dari parti yang kita sertai, kita tergamak mengutuk beliau.
Lapangkanlah dada, bukalah hati dan minda untuk membuat penyelidikan. Jauhilah diri dari jurang api neraka dengan membuat tuduhan melulu dan mengutuk pewaris nabi.
Maaf andai terkasar bahasa, tersilap bicara. Aku hanya insan yang lemah! Kita jumpa di syurga nanti, insyaAllah!
ps; kepada suami, bapa dan pemuda, marilah kita sama-sama berjemaah 5 waktu di masjid.
pps; kepada isteri-isteri, rangsanglah suami supaya sentiasa berjemaah di masjid.
ppps ; rumah saya depan masjid jer, sebab tu sempat lagi berFB sebelum ke masjid.
Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.






itulah lumrah pejuang Islam!