Apa kata Islam tentang PPSMI?

Selepas menunaikan solat subuh di masjid berdekatan dengan rumah saya, seorang ahli jemaah yang juga seorang guru menyentuh bahu saya dari belakang dan berkata “ Ustaz ada masa sekejap tak ? ana nak nak tanya benda sikit.” Saya menoleh ke jam tangan, baru 6.30 pagi “ Boleh, tiada masalah.” Beliau pun mengajak saya untuk duduk di serambi masjid.

“Maaf mengambil masa ustaz sikit.” Kata beliau. “Tiada masalah, teruskan” saya menjawab. “Saya ingin mendapatkan pandangan ustaz berkenaan ustaz berkenaan dasar PPSMI yang sedang heboh diperkatakan sekarang ini. Banyak yang menentangnya dari sudut kepentingan bangsa dan bahasa. Apa kata Islam tentangnya? Soal beliau.

Saya menghela nafas dan berfikir apa jawapan yang paling sesuai untuk diberikan kepada beliau. Saya bertanya beliau kembali “Apa yang tuan faham tentang zalim”. “Jahat kot” jawab beliau. “ Baik, kalau cikgu baca dari kitab atau buku, zalim maksudnya meletakkan sesuatu tidak pada tempat yang sepatutnya.” Saya menerangkan.

“Jadi apa kaitannya dengan dasar PPSMI ini?” soal beliau kembali.

Saya menjawab, kaitannya ialah :

  1. Kita mengatakan ingin maju, maka dengan bahasa inggeris akan membawa kita kepada kemajuan. Tetapi bangsa Jepun, Perancis dan bangsa Arab dulu pun menggunakan bahasa masing-masing untuk maju dan bukan menggunakan bahasa orang lain. Maka kita sudah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.
  2. Kita mengatakan ingin maju, tetapi anak-anak kita di kampung dan luar bandar tidak mampu kerana faktor-faktor tertentu. Maka akan wujud satu jurang antara murid di bandar dan luar bandar. Anak-anak di bandar akan menjadi pegawai, dan anak-anak luar bandar akan menjadi tukang sapu, pemandu dan buruh sahaja nanti. Maka kita telah menzalimi generasi yang akan datang.
  3. Saudara seorang guru, saya pun seorang guru. Bukan kita tidak tahu kawan-kawan kita mengajar menggunakan Bahasa Melayu kerana mereka tidak mampu menguasai Bahasa Inggeris. Mereka juga kasihan dengan murid-murid mereka yang tidak memahami istilah-istilah yang sukar. Bagaimana dengan elaun 10% yang mereka dapat itu? Bukankah ia sudah menjadi wang haram daripada mereka kerana tidak melaksanakan apa yang telah diamanahkan kepada mereka.
  4. Dan ingatlah peringatan Allah kepada orang-orang zalim di dalam surah al-a’raf ayat 41: “ Maka mereka akan disediakan (didalam neraka nanti) hamparan tidur dari api neraka dan di atas mereka selimut dari api neraka, demikianlah Kami memberikan balasan kepada orang-orang yang zalim.”

Merah muka cikgu itu mendengar kuliah serambi saya itu. “wah! Berat betul yer ustaz,” Beliau memberi respon. “ Itulah, ramai yang tak tahu dan mungkin tidak mahu ambil tahu.” Saya menjawab.

“Terima kasih ustaz kerana sudi memberikan penerangan yang panjang lebar, saya minta diri dulu yer.” Beliau meminta izin untuk beredar. “Saya pun sama juga” Saya membalas. Kami pun sama-sama beredar dan matahari sudah meninggi pada masa itu. Saya mendoakan agar mereka yang cahaya matahari ini dapat menyinari hati-hati insan yang bertanggungjawab menggubal dasar ini untuk melakukan yang terbaik untuk untung nasib mereka di akhirat kelak.

Anda mungkin juga berminat

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

  • Share/Bookmark

2 Comments »


  • Comment by Fadzli |

    Salam,

    Bagus sekiranya boleh di letakkan pada web cikgu malaysia. Apa boleh dibuat demikian.


  • Comment by abu hannan |

    @Fadzli
    boleh tuan, saya emelkan kepada tuan. satu lagi, minta testimoni untuk “bagaimana merangsang seronok belajar”.




Leave a Reply