Maafkan Anakmu Ini
Nabi Muhammad pernah berpesan “ Kasih sayang Allah itu pada kasih sayang kedua ibubapa, dan murka Allah itu pada kemurkaan ke dua ibubapa” Itulah pesan guru ketika saya berada di bangku sekolah di Sekolah Menengah Ugama Saniah, Pasir Puteh, Kelantan.
Berasaskan pesanan itulah saya sedaya upaya menjadikan hidup saya ’parent’s compliance’ sebagai prinsip hidup saya. Selagimana ianya tidak bercanggah dengan prinsip Islam.
- Saya merupakan salah seorang pelajar cemerlang UPSR negeri Terengganu dan ditawarkan ke sekolah berasrama penuh. Saya akur apabila ke dua ibubapa saya memasuki sekolah agama dan menolak tawaran tersebut.
- Saya juga akur apabila mereka meminta saya melanjutkan pelajaran ke Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan melupakan hasrat untuk Universiti al-Azhar di Mesir.
- Saya juga akur apabila mereka meminta saya menjadi guru.
- Saya juga akur apabila mereka meminta saya mencarikan menantu ’orang Kelantan’.
- Saya juga akur apabila mereka meminta supaya isteri saya pun menjadi guru. Walaupun selama setahun kami terpaksa berpisah dan menjaga Hannan Aqilah sendirian.
Tetapi akhirnya…….
- Saya terpaksa menolak apabila isteri saya ditempatkan di negeri Johor. Buat pertama kalinya saya TIDAK AKUR! Walaupun ibubapa saya supaya merelakan perpisahan ini, tetapi saya menolak! Setahun lamanya saya menanggung azab perpisahan, terasa seperti hilang separuh nyawa. Jiwang karat weh!!
- Saya tidak mahu Hannan Aqilah hidup dan membesar di atas jalanraya lagi.
- Esok pagi-pagi lagi saya akan ke Kementerian Pelajaran Malaysia di Putrajaya untuk membuat susulan kepada permohonan saya pada tempoh hari. (sila baca Kronologi 1)
- Ma dan ayah, maafkan anakmu ini. Doakan kami menjadi anak yang soleh dan doakanlah agar usaha kami ini dimakbulkan oleh Allah.
Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.





