Balasungkawa Hajah Aminah bin Haji Abdullah

Assalamualaikum teman-teman, ramai yang menghantar sms dan emel bertanyakan kenapa saya tidak mengupdate blog saya dalam tempoh yang agak lama. Ini adalah kerana saya nenda saya yang tercinta telah diserang strok pada 2 Januari 2010 dan telah meninggal seminggu kemudian pada Hari Jumaat, lebih kuran 3 minggu yang lepas.

Saya tidak tergamak untuk mengupdate blog ini dengan posting yang lain sebelum menuliskan balasungkawa untuk almarhumah nenda saya. Namun saya merasa amat sedih dan pilu untuk menuliskan balasungkawa untuk beliau.

Alhamdulillah, kepiluan dan kesedihan untuk sudah beransur kurang dengan peredaran masa. Maka bolehlah saya menuliskan balasungkawa untuk beliau.

P1010041

Nama penuh nenda saya ;Hajah Aminah binti Haji Abdullah. Beliau dilahirkan pada 20 Disember 1938 di Bachok, Kelantan. Hidup beliau dengan cabaran dan dugaan. Beliau terpaksa meninggalkan bangku persekolahan apabila dipaksa oleh orang tua untuk mendirikan rumah tangga seawal usia 14 tahun.

Usia perkahwinan tersebut tidak lama, beliau kemudiannya bercerai dan mendirikan rumahtangga dengan Tuan Haji Said daripada Ketereh Kelantan dan melahirkan ibu saya Hajah Siti Haja binti Haji Said. Usia rumahtangga yang kedua ini juga tidak lama. Beliau kemudiaanya berpindah ke Kampung Gong Resam dan mendirikan rumahtangga dengan untuk kali ketiga.

Perkahwinan kali ketiga ini juga tidak kekal lama. Beliau kemudiannya mengikuti ibu saya yang bertugas di Pasir Puteh, Kelantan. Beliaulah yang menjaga saya kerana jarak antara saya dan adik kedua saya yang begitu rapat.

Apabila ibu saya berpindah ke Kuala Krai, Kelantan. Beliau pulang untuk mengerjakan sawah dan bercucuk tanam di Kampung Gong Resam, Jerteh, Terengganu. Ibu saya dapat pulang ke Jerteh dan membeli sebuah rumah di bandar Jerteh. Setiap cuti sekolah, saya pasti akan berada di Kampung Gong Resam.

Setiap kali ada majlis dalam keluarga kami beliaulah orang yang paling bersusah-payah. Beliau sempat bersusah-payah semasa kenduri doa selamat rumah baru saya di Setiu, Terengganu. Sehingga saat-saat terakhir beliau, beliau masih lagi sempat mengadakan jamuan di surau kampung beliau.Pada pagi keesokannya selepas sarapan pagi beliau diserang strok.

Pada mulanya kami beranggapan, beliau hanya diserang strok yang ringan. Selepas bebrapa hari di Hospital Jerteh, kami membawanya pulang ke rumah. Melihatkan keadaan beliau yang merosot selepas beberapa hari, kami membawa beliau ke HUSM Kubang Kerian.

Allah lebih menyayangi beliau. Belia menghembuskan nafas terakhir  pada jam 6.35 pagi, hari Jumaat 8 Januari 2010.

Cukuplah setakat ini catatan saya. Yang pasti saya pasti akan merindui belaian kasih beliau, merindui tegur sapa beliau, merindui suara mengaji beliau, merindui masakan beliau dan sepastinya merindui beliau…

Selamat tinggal mok…..i’ll miss you

Anda mungkin juga berminat

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

  • Share/Bookmark

2 Comments »




Leave a Reply