Tukar Nama Guru?

Assalamualaikum (^_^)

1. Salam seronok dan salam bahagia daripada saya.

2. 2 minggu baru sekolah dibuka, guru-guru diseluruh negara sedang sibuk dengan pelbagai urusan sampaikan ada diantara teman-teman saya yang telah jatuh sakit.

3. Latihan rumah sukan pun sudah bermula, biasanya pada awal tahun begini, guru-guru sukan memang jarang masuk ke kelas kerana sibuk dengan urusan ko-kurikulum.

4. Guru-guru yang lain pula sedang sibuk mengisi borang-borang yang ‘tak habis makan’ kerana banyak sangat. Ada jenaka di antara kami supaya kementerian menukar nama kerja kami dari GURU menjadi PENGISI BORANG.

5. Setiap minggu ada sahaja borang yang sampai untuk diisi. Biasanya borang-borang tersebut amatlah kompleks dan rumit.

6. Sepatutnya masa yang ada patut digunakan oleh guru untuk mempertingkatkan kualiti pengajaran, tetapi jam 4 pagi (seperti saya ini) semata-mata untuk mengisi borang.

7. Di dalam kesuntukan masa, saya cuba untuk membantu para guru sekalian dengan menghasilkan karya terbaru saya ‘Bagaimana Merangsang Seronok Mengajar’. Ia mengandungi strategi-strategi untuk mengatasi stress dan menjadikan kerjaya sebagai seorang guru sangan menyeronokkan.

8. Walaubagaimanapun, kami sebagai penajawat awam terpaksalah terus mengisi borang-borang kerana kami ‘BERTINDAK MENGIKUT ARAHAN’.

Salam seronok dan bahagia daripada saya.

ps : nantikan kemunculan artikel ‘Guru Buta’ dalam 2-3 hari lagi.

Anda mungkin juga berminat

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply