Maafkanlah Dia

“Cubalah abang sekali-sekala maafkan mereka yang membuat kesilapan, kesalahan dan kekurangan orang. Barulah abang tak sakit hati!” itulah saranan isteri saya bila pihak PERODUA Glemnarie membuat kesilapan didalam tempahan.
Saya bertanya kembali ” Maafkan abang, tetapi abang tak tahu bila, dimana dan siapa untuk dimaafkan.”
Isteri saya menjawab “Maafkanlah mereka yang telah membuat kesilapan dan kesalahan. Marahlah ketika mereka SEDANG MELAKUKAN KESALAHAN!”
Sepanjang usia saya, saya jarang DIMAAFKAN atau DIBERI PELUANG KEDUA. Biasanya saya akan dimarah dan ditengking. Lebih-lebih lagi saya sekarang menjadi seorang guru.
Saya akan dimarahi oleh MENTERI
saya akan dimarahi oleh PEGAWAI KEMENTERIAN
saya akan dimarahi oleh PEGAWAI JABATAN PELAJARAN
saya akan dimarahi oleh PEGAWAI PEJABAT PELAJARAN DAERAH
saya akan dimarahi oleh GURU BESAR / PENTADBIR
saya akan dimarahi oleh IBUBAPA DAN PENJAGA
SAYA TIDAK PERNAH GAGAL UNTUK TIDAK DIMAAFKAN!!!
Lantaran daripada itulah saya memabaca, berdiskusi dan menulis untuk mencari FORMULA KESERONOKAN, KEBAHAGIAAN & KEGEMBIRAAN. alhamdulillah, saya berhasil menulis ‘Bagaimana Merangsang Seronok Belajar’ yang bakal diterbitkan dala suku pertama tahun ini oleh PTS Publications.
Saya juga telah membina satu blog khusus untuk berkongsi formula ini dengan seluruh RAKYAT MALAYSIA. Sekiranya tuan-puan mempunyai pandangan, pendapat, pengalaman atau apa sahaja ingin berkongsi dengan saya. boleh melayari www.seronokbelajar.com
Ingatlah pesan Nabi Muhammad : ‘Janganlah kamu marah (3 kali) Sesunguhnya marah itu amalan syaitan”.
salam seronok dan bahagia.
Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.





