Buat Duit Dari Internet!

Selepas buku kedua saya “Internet Marketing dengan Facebook, Myspace dan Twitter” yang dilancarkan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada awal tahun baru-baru ini. Alhamdulillah respon rakyat Malaysia kepada buku tersebut amat menggalakkan berbanding buku pertama saya “Bagaimana Merangsang Seronok Belajar”. Setiap hari saya akan menerima sms ataupun emel bertanyakan ; benarkah boleh buat duit [...]

Hidup ini adalah satu ujian!

UJIAN KESAKITAN Hari Isnin ini genaplah 3 minggu saya menjadi pembedahan di pangkal paha. Setakat ini alhamdulillah luka pembedahan semakin sembuh. Pada minggu pertama selepas pembedahan, saya terpaksa menahan rasa pedih bila ‘acara dressing’ setiap hari. Perit dan serik kalau di ingatkan. Cuma doktor masih belum membuat keputusan samada saya benar2 mengidap diabetes atau tidak. [...]

Internet Marketing dengan Facebook, Myspace & Twitter

“Sebelum ini, ia dianggap aktiviti yang tidak mendatangkan faedah. Kini ramai yang mula sedar kehebatannya sebagai medium terbaik internet marketing.” Facebook, Myspace dan Twitter adalah laman web social networking yang merangkumi pelbagai peringkat komunikasi. Ia menekankan kepada kerjasama online dan perkongsian antara pengguna. Rangkaian sosial ini adalah medium yang mampu memasarkan bisnes anda ke satu [...]

Khabar Baru

Alhamdulillah, segala puja dan puji bagi Allah tuhan sekalian alam di atas nikmat yang tidak terhingga. Diri ini di landa kesibukan yang melampau sehingga tidak sempat mengupdate blog ini. Masa amat mencemburui kita. Tidak sempat saya menulis untuk Cikgu Malaysia, meletakkan iklan buku-buku saya, menghadiri dan memberi kuliah. Setakat 2 minggu sekolah dibuka, saya hanya [...]

Tragedi di Langkawi

Pada Cuti Hari Buruh yang lepas, sekolah saya telah mengadakan lawatan ke Pulau Langkawi. Ia adalah anjuran bersama Kelab Guru dan PIBG. Walaubagaimanapun, satu tragedi telah menimpa kami di sana. Saya ingin berkongsi catatan yang dibuat oleh Bonda Hannan. Cuma klik di sini untuk bacaan lanjut. Selamat membaca dan boleh dijadikan pengajaran buat semua. Post [...]

15 Rahsia Senyuman

Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika anda mampu sekalipun mungkin orang akan mengganggap anda ‘tidak siuman’. Bersedih tentu saja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangis sehingga memudaratkan kesihatan. Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan [...]

Pengunjung Myhannan

“Agak-agak berapa orang yer yang mengunjungi blog kita?” Itulah pertanyaan yang dilontarkan oleh ummu hannan kepada saya. Statistik di atas merupakan jumlah pengunjung myhannan yang terbaru. Purata pengunjung harian adalah 32 orang. InsyaAllah pada bulan-bulan seterusnya saya akan cuba meningkatkan jumlah pengunjung sehingga 100 orang sehari. Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin [...]

Sihat sebelum sakit

Pesan RasulAllah ; ingatlah lima perkara sebelum datang lima yang lain, …sihat sebelum sakit…. Hari ini angin kus-kus melanda diri, kepala berdenyut, dunia terasa berpusing, badan terasa lemah. Selepas seminggu berhempas pulas menyiapkan lesson note yang tertunda beberapa hari, menyiapkan borang2 yang bertambun atas meja, menyiapkan kertas kerja dan nota minta LADAP, menanda buku latihan [...]

Buku oh buku!

Alhamdulillah, setelah menunggu sekian lama, akan terbit sempena Pesta Buku Antarabangsa. Ia akan berlangsung pada bulan April nanti di PWTC. Ini adalah buah tangan sulung saya dalam dunia penulisan. InsyaAllah buku kedua saya ‘Buat Duit dengan Web Sosial’ bakal terbit juga pada masa yang sama. Sekarang ini saya dalam proses penulisan buku seterusnya dengan cadangan [...]

Jawatan Kosong di PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

From: Nazrul Samsudin <nazruls@pts.com.my> Date: 2009/2/24 Subject: Jawatan Kosong di PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. To: Editorial Dept PTS <editorial@pts.com.my>, Sales Dept PTS <sales@pts.com.my>, Team Admin <teamadmin@pts.com.my>, ainon mohd <ainon@pts.com.my> Assalamualaikum. Tuan-tuan dan puan-puan, Dimaklumkan sekarang ada jawatan kosong di PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. (PTS Pro) sebagaimana di bawah: 1. Editor Pengurusan (Bisnes & Pengurusan) 2. Editor [...]