Ukhuwah kita, tanggungjawab kita

Nabi pernah bersabda, maksudnya ;

“Sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi tiga hari, maka kedua-duanya tidak akan masuk syurga”.

Alhamdulillah, saya telah ke Sabah dari Jumaat hingga Ahad lepas untuk ;
1. Menziarahi sahabat-sahabat disana. Antaranya ialah Mahisan, Azrul Nizam, Abu Bakar, Syahrizal, Aminurashid, Kashful Anuar, Wan Amran, Syed Ikramudin & Murtadha.

2. Melawat bumi Sabah yang indah dan [...]

Balasungkawa Wajdi Mayusoh

Pagi semalam, saya menerima panggilan dan sms daripada sahabat-sahabat mengatakan sahabat kami Wajdi Mayusoh telah meninggal di dalam satu kemalangan jalanraya.
Menurut keterangan yang saya terima, arwah bersama-sama 2 orang rakan lagi bertolak dari Tanah Merah menuju ke Gua Musang untuk memulakan tugas mereka sebagai guru. Mereka bertiga menaiki sebuah kereta Perodua Kancil dan mengekori sebuah [...]

Keutamaan dalam kehidupan

Alhamdulillah, pada hari Sabtu yang lepas saya telah menghadiri majlis Mesyuarat Agung Generasi Dynamic ; iaitu alumni Penggerak Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya batch 2000 di MASSA Subang Jaya. GD sekarang ini didalam proses untuk pendaftaran sebagai sebuah NGO dan keahliannya adalah berdasarkan jemputan sahaja.
Semasa GD ini ditubuhkan pada tahun 2003 yang lepas, ahli-ahlinya sekitar [...]

Hujung Minggu Yang Menyeronokkan (^_^) Part 2

Selepas Eduparty di rumah Kak Yati, kami pun bertolak pulang ke Kelantan. Kami mula mendaki dari Simpang Pulai menuju ke Gua Musang melalui Cameron Highlands. Sesampainya kami di CH, kami membuat keputusan untuk bermalam sahaja disitu kerana keadaan jalan dan pemandu yang tidak mengizinkan.
Sesampainya di Brinchang, kami singgah sebentar di sebuah restoran untuk menikmati teh [...]

Hujung minggu yang menyeronokkan (^_^)

alhamdulillah hujung minggu yang saya lalui pada 2 hari lepas adalah SANGAT MENYERONOKKAN! Apa yang saya telah lakukan /
Saya telah bertolak dari Kota Bharu jam 8 malam ke Ipoh, Perak untuk bertemu dengan beberapa orang rakan niaga Score A di sana. Saya telah ditemani oleh adinda tercinta Faizal dan Khairin.
Sepanjang perjalanan keadaan jalan amat sesak [...]

Bermulanya Hari Baru

Alhamdulillah, hari ini saya akan mula bertugas kembali di sekolah selepas bercuti sakit lebih kurang 3 bulan. Semoga Allah akan mengekalkan kesihatan ini kerana sesungguhnya kekayaan yang kita ada sebenarnya tidak ternila tanpa kesihatan.
Dikesempatan ini ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada ;
1. Semua doktor dan jururawat di Hospital Temerloh, Hospital Universiti Sains Malaysia dan Hospital [...]

Sakit apa sebenarnya?

Itulah soalan yang ditanya oleh sahabat-sahabat saya samada melalui web, FB ataupun sms. Baiklah, untuk menjawab persoalan tersebut, saya nyatakan dua jenis penyakit yang saya alami yang menyebabkan saya terpaksa menjalani dua pembedahan.
1. Scrotal abscess ; bengkak di bahagian scrotum. Bengkak tersebut mengandungi nanah dan perlu dibedah segera untuk mengelakkan gangren. Tiada kesan sampingan, hanya [...]

Harga Sebuah Persahabatan

Petang semalam, kami sekeluarga telah ke Pasir Puteh, Kelantan demi memenuhi jemputan teman-teman sempena Sambutan Aidilfitri bagi badge SPM 1997. Walaupun terpaksa menempuhi kesesakan teruk semenjak dari Kubang Kerian sehinggalah tiba di Pasir Puteh.
Alhamdulilah, hilang rasa bosan dan tension apabila tiba di sana. Seronok melihat teman-teman yang sudah naik perut mereka dan sudah beranak-pinak. Ada [...]

SMS vs Kad

Alhamdulillah, kita semua telah selamat menjalani ibadah puasa dan selamat berhari raya. Harapan saya agar tidak ada yang terlupa nak bayar zakat fitrah. Sesiapa yang tertinggal, terpaksa tinggal dan sewaktu dengannya, cepatlah ganti sebelum Izrail datang menjemput diri.
Kalau boleh, cubalah untuk melakukan puasa enam hari di bulan Syawal kerana pahala mereka yang berpuasa sebulan di [...]

Internet Marketing dengan Facebook, Myspace & Twitter

“Sebelum ini, ia dianggap aktiviti yang tidak mendatangkan faedah. Kini ramai yang mula sedar kehebatannya sebagai medium terbaik internet marketing.”
Facebook, Myspace dan Twitter adalah laman web social networking yang merangkumi pelbagai peringkat komunikasi. Ia menekankan kepada kerjasama online dan perkongsian antara pengguna. Rangkaian sosial ini adalah medium yang mampu memasarkan bisnes anda ke satu tahap [...]