Ukhuwah kita, tanggungjawab kita
Nabi pernah bersabda, maksudnya ;
“Sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi tiga hari, maka kedua-duanya tidak akan masuk syurga”.
Alhamdulillah, saya telah ke Sabah dari Jumaat hingga Ahad lepas untuk ;
1. Menziarahi sahabat-sahabat disana. Antaranya ialah Mahisan, Azrul Nizam, Abu Bakar, Syahrizal, Aminurashid, Kashful Anuar, Wan Amran, Syed Ikramudin & Murtadha.
2. Melawat bumi Sabah yang indah dan permai. Antara daerah yang saya sempat lawati ialah Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud, Kota Marudu, Pitas dan Kudat.
3. Mengembangkan lagi sayap perniagaan saya ke Sabah. Saudara boleh download laporan percuma ======> disini.
Ada nama-nama yang disebutkan sudah lama tidak ketemu? Kesibukan kerja dan keluarga menyebabkan ikatan ukhuwwah yang dibina semasa di sekolah atau di kampus begitu sahaja.
Hadis di atas bukanlah dalil bahawa berdosa jika kita tidak menegur sahabat kita. Cuma, ia sebagai ingatan bahawa betapa RasulAllah mementingkan UKHUWWAH!
Mungkin kita sudah tidak berkesempatan untuk bertemu dengan saudara Wajid Mayusoh yang telah pergi meninggalkan kita pada Ahad lepas. Apa kata kirimkan sms , telefon atau emel doa kepada sahabat yang sudah lama tidak ditemui. Semoga ikatan ukhuwwah yang terbina subur kembali….
Semoga ikatan ukhuwwah ini akan berkekalan hingga ke SYURGA! Ukhuwwah kita, tanggungjawab kita.
Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.
Perniagaan Internet
Satu daripada update saya di Facebook telah mendapat reaksi yang agak panas. Reaksi yagn dikeluarkan adalah (pada anggapan saya) lahir daripada kecetakan minda dan kekontangan ilmu tentang perniagaan internet.
Maka dengan mudah sekali beliau memberikan link dan komen yang menggambarkan bahawa kami pemasar internet ini menjalankan perniagaan yang haram di sisi agama.
Saya telah cuba menyekat beliau daripada memberikan komen kepada update saya itu dengan menyatakan bahawa saya akan memberikan keterangan yang lebih lanjut di dalam blog saya ini.
Anda boleh melihat perbincangan itu disini++++ atau disini++++++
Namun ia menjadi semakin panas dengan campur tangan pihak lain. Saya mengambil keputusan untuk menjawab. Berikut adalah jawapan saya ;
1. Pak Su Hafidz dan rakan2 yang disayangi, metafora dobi itu adalah ditujukan kepada Puan Muazzah yang tidak percaya kepada perniagaan yang tidak mempunyai produk untuk dijual.
“i dont trust internet business unless u really have product to sell”
Maknanya, jikalau tidak ada produk sekalipun, ia masih dikira satu bentuk perniagaan. contohnya seperti dobi.
2. Link yang diberikan oleh Puan Muazzah juga berkenaan program ID dan bukannya bisnes internet.Link “pukul borong” yang diberikan telah memberikan imej buruk kepada perniagaan affiliate yang saya dan rakan lakukan. Tanpa pengetahuan tentang bisnes internet, beliau telah memberikan komen yang mengguris hati saya dan rakan2.
3.Semasa saya mula menceburi MLM pada awal tahun lepas, alasan mereka yang enggan menyertai MLM adalah kerana MLM itu HARAM bersandarkan hujah yang dikeluarkan oleh Ustaz Zaharudin. Walaupun beliau mengeluarkan artikel yang bertajuk “MLM Haram?” mereka nampak “MLM Haram!”
Saya memang faham artikel tersebut dan tidaklah ingin menempelak beliau.Saya juga menyertai syarikat MLM yang beliau jadi penasihat MLM nya sekarang.
4. Kenyataan “Aiseeman, macam mana pengamal internet bisnes tak boleh bezakan antara “fizikal produk” dan “produk perkhidmatan” ni????” begitu mengguris hati saya dan menjatuhkan imej saya sebagai seorang internet marketer profesional. Ia menggambarkan bahawa saya tidak mempunyai keupayaan minda untuk menaakul perbezaan antara “fizikal produk” dan “produk perkhidmatan” . Saya mohon ditarik balik kenyataan tersebut!
5. Ini merupakan wall FB saya, sesiapa yang tidak berkenan untuk menerima update dari saya, saya dengan rendah mohon diremovekan dari senarai kawan anda.Maaf jika ada yang terguris hati, saya hanya insan yang lemah.
Saya merasa sangat kecewa dan membuat posting ini agar semua pihak dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada kejadian yang menimpa saya ini.
salam kasih, salam sayang….
Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.
Balasungkawa Wajdi Mayusoh
Pagi semalam, saya menerima panggilan dan sms daripada sahabat-sahabat mengatakan sahabat kami Wajdi Mayusoh telah meninggal di dalam satu kemalangan jalanraya.
Menurut keterangan yang saya terima, arwah bersama-sama 2 orang rakan lagi bertolak dari Tanah Merah menuju ke Gua Musang untuk memulakan tugas mereka sebagai guru. Mereka bertiga menaiki sebuah kereta Perodua Kancil dan mengekori sebuah kereta Perodua Kenari.
Tiba-tia kereta Perodua Kenari itu membrek secara mengejut kerana ada seekor lembu melintas dengan tiba-tiba. Kereta yang dinaiki arwah mengelak kereta Perodua Kenari itu dan masuk ke lorong sebelah.
Kebetulan ada sebuah bas datang dari arah bertentangan dan terus melanggar kereta Perodua Kancil yang dinaiki beliau di sebelah kiri kereta. Penumpang di bahagian depan dan arwah yang berada di sebelah belakang meninggal. Sementara pemandu kereta Perodua Kancil itu terselamat.
Arwah merupakan antara orang terawal yang saya kenal di Universiti Malaya Kuala Lumpur. Bilik beliaulah yang menjadi tempat lepak ketika kami tinggal bersama-sama di Kolej Kediaman KeSebelas. Beliau juga merupakan mantan Presiden Persatuan Mahasiswa Kelantan sesi 1999/2000.Beliaulah menjadi tempat saya berkongsi cerita dan panduan semasa di UM.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasmu kekanda, sahabat dan teman. InsyaAllah aku akan menyusulimu, cuma belum ku tahu bila……selamat tinggal Wajdi Mayusoh.
Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.
Penghargaan kepada Muhammad
Pada tanggal 12 RabiulAwal lebih kurang 1439 tahun dahulu, seorang insan istimewa telah lahir kedunia bernama Muhammad bin Abdullah. Putera ini dilahirkan disebuah tempat yang bernama Mekah. Di situ juga terbina satu binaan berbentuk segi empat dan berwarna hitam. Ianya telah di bina oleh seorang insan yang juga istimewa bernama Ibrahim.
Beliaulah rasul terakhir yang diutuskan oleh Allah swt. Belia adalah contoh teladan dari segala dari segala aspek kehidupan seorang manusia hebat di muka bumi ini. Penampilan susuk tubuhnya yang mulia dan berwibawa. Rona wajahnya bersih dan bercahaya. Senyumnya yang tulus dan ikhlas. Pandanga matanya yang redup, penuh panacaran kasih sayang dan prihatin terhadap umatnya. Tawaduknya hebat. Tutur biacaranya berisi. Sentiasa berjaya menundukkan lawan dan mengakrabkan teman serta sahabat.
Saban tahun di adakan majlis sambutan yang dikenali sebagai Maulidur Rasul untuk memperingati kelahiran insan istimewa ini. Perayaan ini tidak pernah diraikan oleh Muhammad, para sahabat, para tabien dan tabi’ tabien. Namun diraikan beberapa ratus selepas kewafatan baginda. Tujuan sambutan ini adalah untuk menyemai rasa cinta kepada beliau dan memperkukuhkan ajaran yang dibawa iaitu ISLAM.
Kenapa kita mesti mencintai Muhammad bin Abdullah?
- Sesiapa yang tidak mencintai beliau merupakan tanda kecacatan iman. Ini adalah kerana kita telah bersaksi kepada kerasulan beliau sebagaimana yang tercatat di dalam dua kalimah syahadah.
- Ia merupakan perintah langsung daripada Allah. Allah menyebut di dalam al-Quran : Katakan wahai Muhammad kepada mereka itu ; Jika kamu bebar-benar ingin dicintai Allah, maka ikutlan akan daku. Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan memperteguhkan kedudukan kamu.
- Berpeluang mendapat syafaat (naungan) di akhirat kelak hanya dengan berselawat ke atas beliau. Sabda Nabi : Manusia yang lebih utama itu dekat denganku dan syafaatku pada hari kiamat ialah mereka yang banyak berselawat kepadaku”.
- Nabi menyebut : beruntunglah, beruntunglah, beruntunglah, mereka yang tidak melihatku tetapi beriman denganku. Golongan ini disebut sebagai “ikhwan’. Golongan mencintai RasulAllah tanpa melihat beliau dan teguh menghidupkan sunnah RasulAllah dalam kehidupan di zaman manusia telah rosak binasa akhlaknya.
- Perintah langsung dari beliau sendiri : “Didiklah anak-anakmu untuk melakukan tiga perkara ini ; mencintai Nabinya, mencintai keluarga Nabi dan memba al-Quran”.
- Orang yang mencintai RasulAllah akan bersama beliau di dalam syurga kelak. Imam Bukhari dan Muslim telah merekodkan bahawa pada satu hari seorang lelaki telah datang bertemu dengan RasulAllah lalu bertanya “Bilakah akan berlaku hari kiamat?” RasulAllah menjawab dengan soalan “apakah persiapan engkau untuk menghadapi Hari Kiamat itu?” Lelaki tersebut menjawab “Tiada satu apa pun kecuali cintaku pada Allah dan RasulNya!” RasulAllah pun menjawab “Engkau akan bersama-sama dengan apa yang kau cintai pada Hari Kiamat kelak!”
- Pepatah melayu telah menyebut ; Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Di saat RasulAllah gering menghadapi mati, beliau masih mengingati umat dan menyebut-nyebut “….ya ummat, ya ummati…” (Wahai umatku, wahai umatku). Maka wajarlah kita membalas cinta RasulAllah kepada kita dengan mencintainya kembali.
Bagaimanakah caranya untuk menyemai cinta kepada RasulAllah?
1. Melakukan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangan beliau.
2. Menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul.
3. Membaca buku-buku sirah dan yang berkaitan dengan RasulAllah. (saya sedang membaca buku “Syamail RasulAllah” terbitan Telaga Biru).
4. Menjadikan diri kira sebagai contoh teladan bagi orang lain untuk emngamalkan sunnah.
Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.
Keutamaan dalam kehidupan
Alhamdulillah, pada hari Sabtu yang lepas saya telah menghadiri majlis Mesyuarat Agung Generasi Dynamic ; iaitu alumni Penggerak Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya batch 2000 di MASSA Subang Jaya. GD sekarang ini didalam proses untuk pendaftaran sebagai sebuah NGO dan keahliannya adalah berdasarkan jemputan sahaja.
Semasa GD ini ditubuhkan pada tahun 2003 yang lepas, ahli-ahlinya sekitar 300 orang merangkumi daripada pelbagai fakulti, pusat dan akademi. Orientasi GD adalah sebagai wadah untuk menyatukan profesional yang berserakan ini untuk tujuan kebajikan dan persaudaraan islam.
Seusainya majlis, saya dan beberapa orang sahabat telah menyerang rumah salah seorang sahabat kami untuk sedikit makan-makan dan penerangan program “Bagaimana Menjadikan Pendidikan Anak Sebagai Sumber Pendapatan”.
Salah telah mengupdate status saya ke dalam FB dan mendapat reaksi yang berbeza daripada rakan-rakan…
Antara alasan yang diberikan oleh sahabat-sahabat yang tidak hadir pada majlis tersebut ialah ‘ada kerja’, ada program di sekolah, ada kenduri, terlupa dan sebagainya. Walaupun saya menerima alasan mereka, saya merasa agak jengkel dan sedih ;
1. Keahlian GD adalah tertutup dan satu-satunya cara untuk menyertainya adalah dengan menjadi Penggerak PMIUM batch 2000 ataupun berkahwin dengan salah seorang GD. Tanpa kita, tiadalah GD.
2. Kita biasanya tidak terlupa untuk menonton siaran kegemaran kita di kaca TV kerana kita mengambil berat tentangnya. Tetapi kita terlupa dengan program GD yang berlangsung setahun sekali.
3. Ada juga di antara kita yang mengambil cuti semata-mata kerana mahu berehat., ataupun menonton wayang cerita terbaru! Tetapi kita enggan mengambil cuti untuk menghadiri perjumpaan yang dapat mengeratkan ukhuwwah dan tali silaturrahim. Hanya dengan bersalaman dengan sahabat-sahabat dapat menghapuskan dosa-dosa kecil kita.
4. Merasa malu untuk hadir kerana sudah lama tidak menyertai program GD. Tujuan GD ditubuhkan adalah untuk ukhuwwah dan kebajikan. InsyaAllah kita akan mendapat pahala disisiNya kelak. Janganlah kita merasa malu untuk berbuat kebaikan, tetapi merasa malu kerana tidak membuat kebaikan.
5. Buatlah pilihan berdasarkan awlawiyat yang dituntut oleh agama Islam. InsyaAllah kita akan bincangkannya di lain masa.
Saya bukanlah yang terbaik, tetap berusaha menjadi yang TERBAIK!
“Saya bukanlah jutawan, tetapi berusaha menjadi JUTAWAN”
“Kita tiada PILIHAN kecuali menjadi JUTAWAN ~ Hafiszi
ps ; aku rindukan sahabat-sahabat, InsyaAllah kita bertemu sekali lagi Jun nanti.
Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.
Hikmah Kembara
Teman-teman tentu sudah membaca 2 post saya yang lepas. Alahmdulillah, banyak hikmah dan pengajaran yang telah saya temui sepanjang perjalanan kami bertiga.
Teman-teman yang membacanya pun mungkin mendapat pengajaran daripada perjalanan kami tersebut.
Antara hikmah yang boleh saya kongsikan dengan teman2 ialah ;
1. Benarlah firman Allah di dalam al-Quran “Maka berjalanlah kamu di muka bumi ini dan lihatlah tanda-tanda kebesaran Allah.” Melihat gunung-ganang dan alam semulajadi di sepanjang perjalanan membuatkan fikiran dan dada saya lapang. Hilang segala kerungsingan dengan urusan dunia yang melanda jiwa.
2. Apabila kita berada di dalam organisasi ataupun sesuatu program, kita mestilah mempunyai seorang ketua. Tanpa ketua, maka organisasi tersebut akan runtuh dan program tersebut akan tersasar daripada matlamat. Alhamdulillah, sebagai ketua musafir dengan kerjasama 2 adinda ini, matlamat utama kami telah mencapai kejayaan yang memberangsangkan.
3. Setiap perkara yang mendapat ‘kelulusan’ daripada Allah dan Rasul itulah ibadah. Perniagaan yang kami jalankan ini ialah perniagaan untuk membantu generasi muda negara ini menjadi generasi yang cerdik-pandai serta dadanya penuh dengan ilmu agama. Dalam masa yang sama, kami membantu ibubapa mereka menjana pendapatan sampingan yang lumayan.
Laporan PERCUMA mengenai apa yang kami lakukan boleh didapati ===>DISINI
4. Pengalaman pahit yang kami alami semasa ke Perak pula ialah sesat di dalam bandaraya Ipoh. Kami terpaksa bertanyakan jalan kepada orang ramai dan kawan-kawan melalui talian telefon untuk sampai ke destinasi yang dituju.
Hikmahnya ialah kita mesti mempunyai peta Negeri Perak dan Ipoh khususnya! Saya dan teman2 merasa takbur dan angkuh kerana kami sudah biasa di Bandaraya Kuala Lumpur dan tidak mungkin kami akan sesat di Ipoh!
Rupa2nya perancangan Allah lebih hebat! Allah ingin mengajar kami supaya jangan takbur dan angkuh serta sentiasa merujuk kepada panduan. Panduan sesat di Ipoh adalah PETA, manakala panduan jika sesat di dunia adalah AL-QURAN!
5. Semakin banyak berjalan, semakin banyak berbicara, semakin banyak rasanya perkara yang tidak diketahui! Betullah sabda Rasul “Tuntutlah ILMU dari buaian ke liang lahad”. Baca, baca dan baca!
2.
Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.
Hujung Minggu Yang Menyeronokkan (^_^) Part 2
Selepas Eduparty di rumah Kak Yati, kami pun bertolak pulang ke Kelantan. Kami mula mendaki dari Simpang Pulai menuju ke Gua Musang melalui Cameron Highlands. Sesampainya kami di CH, kami membuat keputusan untuk bermalam sahaja disitu kerana keadaan jalan dan pemandu yang tidak mengizinkan.
Sesampainya di Brinchang, kami singgah sebentar di sebuah restoran untuk menikmati teh hangat sambil mendapatkan maklumat motel untuk kami tiduri. Sambil menunjukkan ke belakang kami, “Motel ni jer bang, murah jer” saya menjawab “gelap jer nampak?” pelayan itu mejawab “ketuk jer bang, ada orang kat dalam tu!”
Selepas minum, kami pun beredar dan menuju motel tersebut. Tanpa pakaian yang sesuai, udara sekitar terasa amat dingin walaupun lemak tebal telah melapisi diri ini. Dengan sekali ketukan sahaja, penjaga motel itupun membuka pintu.
Dengah bayaran RM60 sahaja, kami mendapat 3 katil yang selesa, bilik yang bersih, TV 42″ dan semestinya air panas di dalam bilik mandi.
ZZZZZZzzzzzz
Paginya kami sempat shopping di Brinchang dan kawasan sekitarnya sebagai buah tangan untuk keluarga.
Kami tiba di Kota Bharu pada jam 2 petang. Seusai makan tengahari, saya bergegas ke Perdana Beach Resort untuk Kelantan Facebookers Gathering dan majlis pelancaran SAING oleh TGNA.
Setibanya saya disitu pada jam 4 petang, pada masa itu juga kereta rasmi TGNA masuk ke Foyer restoran. Saya bergegas menuju ke salah satu meja berdekatan. Alhamdulillah, terjumpa pula beberapa orang sahabat lama yang sudah lama tidak ketemu.
====> Gambar-gambar sekitar majlis pelancaran boleh dilihat disini.
Selesai majlis perasmian dan sidang akhbar, saya sempat bersalaman dengan TGNA yang sudah lama dirindui untuk ketemui. Sambil mengekori rombongan TGNA yang langsung ke surau untuk solat asar, saya bernasib baik kerana dapat menyelit dan solat bersebelahan TGNA. Terasa bertuahnya diri ini dapat solat disebelah ulama’ dan umara’ tersohor abad ini.
Alhamdulillah, selesailah dua tugas besar saya pada hujung minggu baru-baru ini. InsyaAllah, saya akan updatekan lagi hikmah disebalik perjalan saya untuk hujung minggu tersebut.
Selamat membaca dan mengomen…
Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.
Hujung minggu yang menyeronokkan (^_^)
alhamdulillah hujung minggu yang saya lalui pada 2 hari lepas adalah SANGAT MENYERONOKKAN! Apa yang saya telah lakukan /
Saya telah bertolak dari Kota Bharu jam 8 malam ke Ipoh, Perak untuk bertemu dengan beberapa orang rakan niaga Score A di sana. Saya telah ditemani oleh adinda tercinta Faizal dan Khairin.
Sepanjang perjalanan keadaan jalan amat sesak dan hujan turun dengan lebatnya. Setibanya kami di Gua Musang, kami berhenti untuk makan malam di salah sebuah kedai makan di depan Masjid.
Seusai menikmati hidangan yang begitu menyelerakan, kami mendapat perkhabaran ada tanah runtuh di beberapa lokasi dan tidak sesuai untuk kami meneruskan perjalanan.
Kami membuat keputusan untuk melepaskan lelah di salah sebuah motel yang begitu bersih, selesa dan harganya cuma RM65 untuk 3 katil! Tambahan pula motel terseut mempunyai set lengkap buku Tamar Jalis!
ZZZzzzzzzzzzzzzzzz
Kami bertolak dari Gua Musang seawal 6.30 pagi. Kami singgah sebentar di salah sebuah kedai di tepi jalan selepas simpang ke Cameron Highlands. Singgah untuk Qadha’ Hajat dek kesejukan Cameron Highlands dan ingin membeli buah tangan untuk di bawa pulang nanti. Sempat juga berposing…
Kami tiba di Ipoh lebih kurang jam 9 pagi. Selepas menikmati nasi lemak dan roti cana i Pengkalan Jaya yang begitu menyelerakan itu, saya pun memulakan tugasan. Alhamdulillah, selepas selesai penerangan yang terperinci berkenaaan program Score A ini, Kak Yati dan Abang azhar bersetuju untuk daftar sebagai Usahawan e-pendidikan dengan Pakej e-Entrepeuner (RM5548)!
Anak-anak mereka boleh terus menggunakan program Output Learning terunggul yang disarankan oleh Dr. Shukri Abdullah selama 7 1/2 tahun tanpa putus! Disamping itu juga, mereka dapat menjana pendapatan sampingan untuk pendidikan anak-anak mereka kelak.
=====> Download laporan PERCUMA disini.
adakah penting mempunyai tabungan? Kos untuk belajar di IPTA lebih kurang RM 2000 satu semester tidak termasuk penginapan dan wang saku. Manakala di IPTS jumlah itu lebih lagi. Jikalau anak kita berhajat untuk menjadi doktor pula, maka kosnya RM 280 000 sekiranya belajar di Malaysia. Sekiranya di luar negara contohnya Ireland, maka kosnya adalah RM 1.45juta! adakah anda mempunyai wang sebanyak itu?
——————————————————–
Seterusnya kami bertolak ke Universiti Teknologi Petronas di Sri Iskandar di Tronoh. Sempat tiba di sana untuk solat jumaat. Tiba-tiba adik saya bertanya “Sahke solat pakai seluar pendek?” sambil menunjukkan jarinya kepada seorang jemaah. Saya tergelak memandang jemaah berbangsa Arab itu “Dia pakai seluar steng, dah menutup lutut, maka sah solatnya”. Pengalaman sebegini sudah menjadi kebiasaan khususnya semasa menyiapkan Sarjana saya di UIAM dulu.
=====> Gambar-gambar lawatan ke UTP boleh dijenguk disini
Seusai urusan di UTP, kami bertolak untuk kembali ke Ipoh untuk menghadiri Eduparty di rumah Kak Yati pada jam 8.30malam. Alhamdulillah, sempat juga makan LANGSAT di bandaraya Ipoh! Mujur juga dapat pertolongan dari teman-teman..
Selesai Eduparty pada jam 11.00 malam, kami pun bertolak pulang ke Kelantan…..
Kisah ini belum tamat lagi di sini, nanti saya ambung untuk siri dua pula….
Selamat membaca dan mengomen (^_^)
Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.
l’inspiration plutôt que l’hébergement du blog Rohaizad
rien n’est impossible dans le monde, juste besoin d’un peu d’effort et kreativiti. mais paresseux occupé à essayer et juste attendre la fourniture tombé du ciel sans effort.
Comme vous pouvez le voir, je mets à jour ce blog en français. Alors que je n’ai jamais étudié. Petit Maître Pemerhatian que Rohaizad blog, alors je peux le faire.
Comme vous pouvez le voir, je mets à jour ce blog en français. Alors que je n’ai jamais étudié. Petit Maître Pemerhatian que Rohaizad blog, alors je peux le faire.
Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.
10 Cara Menggunakan Facebook Untuk Meningkatkan traffic Di Laman Web Anda
Lebih daripada 115 juta orang log masuk ke laman Facebook setiap bulan. Ia merupakan jaringan sosial yang terbesar dan satu tempat yang menarik di dalam web untuk membina jenama anda dan membawa traffik ke laman anda. Anda boleh mendapatkan pendedahan segera kepada perniagaan anda menggunakan teknik-teknik yang dibincangkan di dalam artikel ini.
1. Membina satu jaringan (networking) Facebook. Sebelum anda mula untuk mengaplikasi mana-mana teknik yang dibincangkan di sini, anda perlu membina satu jaringan rakan-rakan Facebook. Untuk melakukannya, sertai beberapa kumpulan yang berkaitan dengan perniagaan anda dan beberapa kumpulan yang anda sangat minati.
Tanya orang yang berada di dalam kumpulan-kumpulan untuk menambah anda sebagai rakan mereka. Facebook juga mempunyai satu alatan hebat yang mencadangkan orang yang mungkin anda ingin kenali. Hantar permintaan kepada orang-orang tersebut untuk menambah anda sebagai rakan mereka. Hantar mesej pendek menjelaskan kenapa anda mahu untuk menjadi rakan mereka. Jika anda menghantar 20 permintaan setiap hari, anda boleh mendapat jaringan lebih daripada 1,000 kenalan di dalam masa dua bulan.
Contoh tersebut anda boleh lihat disini =====> myhannan
2. Kemaskini status anda setiap hari. Log masuk setiap hari dan kemaskini status anda. Jangan gunakan mesej-mesej status seperti “Saya sedang tidur sekarang”, “Baru balik daripada kerja”. Mesej-mesej status seperti ini tidak menarik. Gunakan petikan kata-kata orang yang terkenal berkaitan perkara spesifik, contohnya kasih sayang, dedikasi, etika kerja, keamanan, peperangan, dan lain-lain. Anda juga boleh menggunakan jenaka.
Matlamat anda adalah untuk menarik perhatian orang kepada mesej anda supaya mereka akan melihat profil anda untuk mengetahui lebih lagi tentang anda.
3. Ucapkan selamat hari lahir setiap hari. Facebook juga memaparkan hari lahir rakan-rakan di dalam rangkaian anda yang bakal tiba. Setiap hari hantar ucapan hari lahir kepada mereka yang menyambutnya. Baca profil mereka untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang mereka dan tulis mesej peribadi yang menarik di paparan muka laman mereka. Jangan gunakan mesej-mesej hari lahir yang dicetak sama untuk semua orang.
Apabila anda menulis di paparan muka Facebook rakan anda, semua orang di dalam rangkaian akan mendapat berita kemaskini anda. Anda perlu menulis sesuatu yang menarik perhatian. Anda mungkin mereka 10 hingga 20 mesej-mesej hari lahir yang mencuri perhatian dan kemudian ubahnya sedikit untuk setiap rakan.
4. Bina satu halaman perniagaan. Selain halaman peribadi anda, anda juga patut mereka satu halaman perniagaan. Mencipta satu halaman perniagaan adalah serupa dengan membuat halaman peribadi di Facebook. Reka satu logo yang cantik dan gunakan ia untuk gambar halaman perniagaan anda.
Seterusnya, jadi salah seorang peminat halaman perniagaan anda. Anda boleh menggunakan halaman perniagaan untuk melancarkan kempen pengiklanan yang disasarkan di Facebook. Promosi halaman perniagaan Facebook anda menggunakan blog, komen blog, serta lain-lain dan tanya orang untuk menjadi peminat perniagaan anda. Gunakan sedikit bahan-bahan promosi, seperti t-shirt percuma, buku elektronik percuma dan sebagainya sebagai insentif untuk menjadi seorang peminat.
Contohnya anda boleh lihat disini ====> myhannnan
5. Label gambar-gambar promosi menggunakan nama-nama rakan anda. Muat naik semua gambar-gambar promosi ke halaman perniagaan anda. Sesetengah orang melabel gambar-gambar ini dengan nama-nama rakan mereka yang berpengaruh di dalam rangkaian. Gambar promosi anda akan keluar di bahagian news feeds rakan anda tersebut.
Sekali anda membuat satu jaringan rakan, buat satu senarai rakan dengan jumlah rakan yang tinggi, dengan jumlah lebih daripada 1000.Sediakan rangkaian mini anda untuk melabel nama masing-masing digambar-gambar promosi.
6. Tukar status perhubungan anda dengan kerap jika boleh. Satu daripada aktiviti yang jarang berlaku di Facebook adalah menukar status perhubungan. Kerana orang tidak menukar perhubungan mereka dengan kerap, Facebook meletakkan perkara yang penting untuk menukar perhubungan dan menghantar berita kepada semua orang didalam rangkaian anda pada bila-bila masa terdapatnya perubahan di status perhubungan anda.
Orang ramai telah meneliti ketidakpastian ini untuk menarik perhatian ke profil mereka. Merka menukar perhubungan mereka hampir setiap minggu dan cuba untuk menarik pengunjung-pengunjung ke profil mereka. Ianya terpulang kepada mereka untuk menggunakan teknik ini kerana ia mungkin tidak menggambarkan status perhubungan anda yang sebenar.Jika anda gunakan teknik ini, jangan lupa untuk siarkan sedikit bahan-bahan promosi di bahagian promosi peribadi anda.
7. Hadiri Pelbagai Acara. Facebook merupakan tentang perjumpaan rakan-rakan di suatu tempat untuk acara tertentu,sebenarnya untuk alumni kolej. Facebook memberi keutamaan yang tinggi untuk acara-acara di bahagian news feed. Misi anda ialah untuk RSVP semua acara di dalam rangkaian anda walaupun anda tertinggal beberapa daripadanya.
Apabila rakan-rakan anda melihat anda merupakan pengunjung acara yang kerap, mereka akan menganggap anda sebagai sumber acara. Helah ini adalah untuk memaparkan nama anda di semua tempat yang anda boleh. Oleh kerana rakan-rakan anda melihat nama anda beberapa kali, sesetengahnya akan berasa ingin tahu untuk melihat profil anda.
8. Import pos blog anda. Jika anda mempunyai blog, import RSS feed blog anda ke Facebook. Facebook akan menyiarkan artikel di dalam feed sebagai nota Facebook secara automatik. Galakkan rakan-rakan anda untuk memberi komen terhadap artikel anda di Facebook. Anda juga boleh melabel rakan-rakan di dalam artikel tetapi jangan lakukan secara berlebihan.
Semakin tinggi PR sesuatu blog, maka semakin mudah untuk anda menjana pendapatan tambahan. Anda boleh host blog anda di hosting percuma ataupun di hosting berbayar seperti JOMHOSTING ataupu Global Domain International. Tetapi saranan saya ialah menggunanakan hosting berbayar untuk mengelakkan blog anda di delete.
9. Poskan komen-komen di kumpulan-kumpulan yang terkenal. Lawati kumpulan yang terkenal di Facebook yang anda telah sertai secara berkala dan poskan komen-komen. Juga seperti komen blog atau pos untuk forum, komen kumpulan yang terkenal Facebook juga akan menarik perhatian kepada nama anda serta profil. Tambahkan sesuatu yang berharga atau poskan satu sambungan yang menambah nilai kepada topik di bawah perbincangan.
10. Mulakan acara anda sendiri. Acara-acara adalah terkenal di dalam Facebook dan jika anda boleh mempromosikannya dengan betul, ia akan memberi kesan dan ribuan orang akan mendaftar untuknya.
Hantar jemputan kepada rakan-rakan rangkaian anda yang mempunyai ribuan rakan lain di dalam rangkaian mereka dan juga kepada rakan-rakan wanita yang menarik perhatian di dalam rangkaian anda yang mungkin tidak ramai kenalan.
PS : Sekiranya anda memerlukan lebih banyak tips, sila beli buku saya iaitu “Internet Marketing dengan Facebook, MySpace & Twitter”.
“BAGAIMANA MENJADIKAN PENDIDIKAN ANAK SEBAGAI SUMBER PENDAPATAN”
Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.













